TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Alor Setar, Sungai Petani catat bacaan IPU tidak sihat

By
|
Kongsi
image

ALOR SETAR, 24 Ogos – Dua kawasan di Kedah membabitkan daerah Alor Setar dan Sungai Petani merekodkan kualiti udara pada tahap tidak sihat setakat jam 3 petang ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sungai Petani mencatatkan paras 155, manakala Alor Setar berada pada bacaan 152. Dua lagi kawasan iaitu Langkawi dan Kulim Hi-Tech kekal pada tahap sederhana dengan bacaan masing-masing 84 dan 91.

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah menerusi satu kenyataan menasihatkan orang ramai supaya mengehadkan aktiviti fizikal di luar rumah dan menggunakan pelindung pernafasan yang sesuai, khususnya bagi golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga emas serta individu yang menghidap masalah pernafasan atau penyakit jantung.

Orang ramai turut disarankan minum air secukupnya, mengelakkan merokok, dan segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mengalami gejala seperti batuk, sakit dada, sesak nafas atau pedih mata berikutan keadaan jerebu yang menjejaskan jarak penglihatan.

+ - reset