Berita Dunia
Selatan Thailand terus bergolak, lima lagi siri letupan bom gegarkan Narathiwat dan Pattani
NARATHIWAT, 24 Ogos – Situasi keselamatan di wilayah selatan Thailand dilaporkan terus bergolak susulan lima lagi kejadian letupan bom yang menggegarkan tiga kawasan di Narathiwat dan Pattani, semalam.
Jurucakap Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) memaklumkan kesemua letupan berlaku dalam tempoh kira-kira 13 jam bermula jam 8.30 pagi hingga 9.30 malam, namun tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Menurut beliau, insiden pertama dikesan berhampiran sebuah masjid di Mukim Bang Pu, Daerah Yaring, Pattani pada jam 8.30 pagi, disusuli dua letupan di Mukim Riko dan Mukim Sungai Padi, Daerah Sungai Padi, Narathiwat sekitar jam 9.50 pagi.
Pasukan peronda keselamatan turut melaporkan satu letupan pada landasan kereta api di Mukim Maruebo Tok, Daerah Rangae, Narathiwat dalam tempoh masa yang sama.
Insiden terbaharu berlaku kira-kira jam 9.10 malam apabila sekumpulan lebih 10 lelaki bersenjata automatik bertindak menyerang serta meletupkan garaj Pejabat Perbandaran Mukim Pho Ming di Daerah Panare, Pattani, selain membakar tingkat dua bangunan pejabat berkenaan dan merosakkan tiga kenderaan kerajaan sebelum melarikan diri.
Siri serangan baharu itu menyusuli sekurang-kurangnya 51 insiden keganasan terancang membabitkan pengeboman, pembakaran bangunan serta rompakan yang berlaku secara serentak di Narathiwat, Yala dan Pattani pada malam sebelumnya.
Berita berkaitan
October 22, 2026, 1:59 pm
'Mereka selalu anggap masykarat kita kelas kedua', Boy Hamzah dedah kenapa buat video herdik Malaysia
October 21, 2026, 11:25 am
'Dah macam bengkel motor', kilang keropok di Indonesia mula jadi bualan netizen
October 19, 2026, 9:54 pm
Paderi maut ditimpa kayu salib ketika 'live' di gereja
October 17, 2026, 6:07 pm
Jerebu cetus tahap amaran tertinggi di Asia Tenggara
October 17, 2026, 1:39 pm
Indonesia rekod 354 titik panas, kualiti udara kekal membimbangkan
October 17, 2026, 10:43 am
Asap kebakaran hutan Kalimantan dah sampai Jakarta
October 16, 2026, 6:31 pm
Wanita jatuh tebing lepas baring atas batu sungai
October 15, 2026, 12:37 pm
Hutan hijau terus dibakar lagi bagai tiada penyesalan di Indonesia
October 15, 2026, 12:19 pm
Pelajar, guru pakai tudung dilarang masuk sekolah di Azerbajian
October 15, 2026, 10:23 am
