TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Cadangan audit forensik ke atas FELDA akan dibawa ke Kabinet - Anwar

By
|
Kongsi
image

SERDANG, 25 Ogos – Cadangan untuk menjalankan audit forensik ke atas FELDA berikutan kerugian hampir RM10 bilion yang dialami agensi berkenaan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk pertimbangan lanjut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan perkara tersebut ketika ditemui media selepas merasmikan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M di sini, hari ini.

Cadangan pelaksanaan audit forensik berkenaan dikemukakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi mengenalpasti pihak bertanggungjawab sekiranya terbukti berlaku penyelewengan, salah guna kuasa atau kelemahan tadbir urus.

Walau bagaimanapun, Ahmad Zahid menegaskan bahawa proses siasatan itu kelak tidak harus dijadikan alat untuk menganiaya atau memalukan mana-mana pihak.

Sebelum ini, Perdana Menteri memaklumkan bahawa kerajaan akan meneliti laporan lengkap daripada pasukan petugas khas yang menjalankan siasatan mengenai isu pengurusan agensi berkenaan sebelum sebarang ketetapan rasmi didedahkan kepada umum.

+ - reset