TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Amirudin diberi amanah urus kerjasama PH-BN pada PRN Melaka - Anwar

By
|
Kongsi
image

SERDANG, 25 Ogos – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari bagi menguruskan perkara berkaitan potensi kerjasama antara PH dan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Perdana Menteri memaklumkan perincian mengenai isu berkenaan telah dibincangkan dalam satu perjumpaan bersama Amirudin di Putrajaya, kelmarin.

"Kita sudah serah amanah kepada Amir (Amirudin). Amir boleh uruskan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 1448H/2026M di sini, hari ini.

Sila rujuk portal rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bagi sebarang maklumat rasmi berkaitan urusan, pelaksanaan, dan keputusan pilihan raya di Malaysia.

+ - reset