Berita Berita
Kes Keziah Nisha: Teman lelaki ibu ditahan, disyaki ganggu seksual kakak mangsa
KUALA LUMPUR 25 Ogos - Siasatan kes kematian seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun di sini membawa kepada penemuan dakwaan gangguan seksual terhadap kakak mangsa, yang dipercayai dilakukan teman lelaki ibu mereka.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, suspek lelaki berusia 51 tahun itu telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut.
"Kes itu disiasat susulan siasatan pihak polis berkaitan kes kematian remaja perempuan berusia 14 tahun itu.
"Mangsa berusia 15 tahun merupakan kakak kepada si mati (mangsa). Kita buka satu kertas siasatan terhadap suspek di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Fadil berkata, suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 31 Ogos bagi membantu siasatan.
Pada 18 Ogos lalu, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Kuala Lumpur sebelum laporan mati mengejut (SDR) dibuka.
Susulan kematian pelajar sebuah sekolah menengah di Setapak itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju menerima laporan daripada ibu mangsa pada 19 Ogos berhubung dakwaan wujud elemen buli.
Kes berkenaan kemudian disiasat mengikut Seksyen 507B Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan perbuatan atau komunikasi bersifat mengancam, menghina atau mencela yang sengaja bertujuan menyebabkan gangguan emosi, ketakutan atau tekanan kepada seseorang.
Mengulas lanjut, Fadil berkata, kira-kira 90 keterangan individu sudah diambil pihaknya termasuk guru, pelajar, keluarga serta saksi lain.
"Siasatan kes ini masih dijalankan dan orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang mengganggu siasatan," katanya.
Berita berkaitan
August 25, 2026, 5:16 pm
Polis tahan lelaki bantu siasatan kes bakar, curi al-Quran di Chow Kit
August 25, 2026, 1:50 pm
Filem PG-18 tidak lagi dipotong, LPF bergerak secara progresif - FINAS
August 25, 2026, 12:33 pm
Amirudin diberi amanah urus kerjasama PH-BN pada PRN Melaka - Anwar
August 25, 2026, 12:29 pm
Ayob Khan dedah diintip militan IS ketika berjoging
August 25, 2026, 12:24 pm
Cadangan audit forensik ke atas FELDA akan dibawa ke Kabinet - Anwar
August 25, 2026, 12:24 pm
Umat Islam perlu berubah, jangan sampai orang cemas dengan Islam – Anwar
August 24, 2026, 9:54 pm
