TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kedah patut fokus isu dadah dan ketum, bukan politikan judi berlesen - Dr Faiz

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Usaha Kerajaan Negeri Kedah mengharamkan lesen perniagaan perjudian didakwa bukan berasaskan keikhlasan demi agama, sebaliknya didorong oleh motif politik untuk menghasut rakyat dan menekan Menteri Kewangan serta Kerajaan Persekutuan.

Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Muhammad Faiz Na'aman berkata, tuduhan yang dilemparkan terhadap Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan kononnya menghalalkan judi adalah fitnah yang amat serius.

Beliau menjelaskan bahawa Kementerian Kewangan (MOF) beroperasi mengikut mandat kuasa yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan serta tidak boleh bertindak melanggar sebarang keputusan mahkamah.

"Kuasa pengeluaran lesen oleh MOF telah wujud sebelum pembentukan Kerajaan Madani bagi memenuhi hak warganegara bukan Islam, di samping menyumbang kepada hasil cukai negara yang turut dinikmati oleh negeri-negeri pembangkang menerusi peruntukan Persekutuan.

"Perlembagaan Persekutuan dan peraturan Dewan Rakyat telah digubal seawal pembentukan negara dan semua Ahli Parlimen, sama ada kerajaan atau pembangkang, mengangkat sumpah di bawah kerangka undang-undang tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, tindakan menjadikan isu judi berlesen sebagai bahan politik juga dilihat mengalih fokus daripada cabaran utama yang dialami oleh masyarakat tempatan seperti penyalahgunaan dadah, isu ketum, rokok seludup serta peluang pekerjaan.

+ - reset