Berita Berita
Banjir kilat Nepal: Wisma Putra giat kesan rakyat Malaysia yang terputus hubungan
HYDERABAD, 27 Ogos – Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu kini giat menyelaraskan usaha dengan pihak berkuasa tempatan bagi mengesan rakyat Malaysia yang terputus hubungan susulan kejadian banjir kilat di daerah Rasuwa, Nepal.
Lembaga Pelancongan Nepal memaklumkan seramai 17 rakyat Malaysia yang mengikut pakej agensi Fishtail Tours and Travels adalah antara ratusan warga asing yang dilaporkan hilang selepas gagal dihubungi berikutan bencana berkenaan.
"Pasukan mencari dan menyelamat yang dikerahkan kerajaan Nepal kini berusaha mengesan rakyat Malaysia yang terjejas serta memastikan keselamatan mereka," jelas Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini.
Secara keseluruhan, sekurang-kurangnya 291 warga asing termasuk dari India, Britain, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat, serta 93 penduduk tempatan dilaporkan hilang dalam kejadian itu.
Insiden banjir akibat limpahan Sungai Bhote Koshi berkenaan telah menghanyutkan beberapa perkampungan serta merosakkan infrastruktur utama, jalan raya dan projek hidrokuasa di kawasan Rasuwagadhi-Timure.
Berita berkaitan
August 27, 2026, 8:04 am
Mahasiswa kritik PM, kerajaan akan dibebaskan tindakan disiplin universiti bermula hari ini - PMX
August 27, 2026, 7:55 am
Polis cedera terkena tembakan ketika rakan kosongkan senjata api
August 26, 2026, 8:33 pm
MYSkill ID ‘pasport kemahiran nasional’ dibawa ke Kementerian Kewangan
August 26, 2026, 7:37 pm
'Malaysia ada potensi perkukuh agro makanan, perlu berani belajar daripada China' - Mat Sabu
August 26, 2026, 6:12 pm
Elak 'budaya selesa', Malaysia perlu dipacu lebih pantas dan berani - PMX
August 26, 2026, 6:04 pm
Jerebu: Sarawak, Lembah Klang antara 11 kawasan catat IPU tidak sihat
August 26, 2026, 5:59 pm
Kemalangan roller coaster Subang Jaya: Majikan taman tema berdepan tindakan jika cuai
August 26, 2026, 5:38 pm
