Berita Berita
Mahasiswa kritik PM, kerajaan akan dibebaskan tindakan disiplin universiti bermula hari ini - PMX
KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Bermula hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua mahasiswa yang dikenakan tindakan disiplin universiti kerana menyuarakan kritikan, termasuk terhadap beliau dan kerajaan, dilepaskan sepenuhnya daripada kesalahan berkenaan.
Langkah berkenaan selaras dengan semangat pemansuhan dan penggantian Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang disasarkan untuk dibentangkan sebelum akhir sidang Parlimen pada November ini.
"Jika ada mahasiswa yang dikenakan beberapa tindakan disiplin semata-mata kerana suara dan kritikan mereka, termasuk terhadap Perdana Menteri, saya mahu mereka dilepaskan serta-merta mulai esok tanpa perlu menunggu proses pindaan akta yang mengambil masa lebih lama," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Forum Ilmuan Malaysia MADANI Siri 13 bertemakan 'Pendidikan Masa Depan Negara dan AUKU' di sini, hari ini.
Walau bagaimanapun, Anwar menegaskan kelonggaran berkenaan hanya terpaksa kepada peraturan Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti dan tidak membabitkan mana-mana kes di bawah perundangan jenayah Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Mengulas lanjut, beliau mengingatkan bahawa kebebasan akademik dan autonomi yang diberikan kelak tidak bermakna golongan mahasiswa boleh bertindak melampaui batas undang-undang atau merosakkan harta awam.
Berita berkaitan
August 27, 2026, 7:55 am
Polis cedera terkena tembakan ketika rakan kosongkan senjata api
August 27, 2026, 7:41 am
Banjir kilat Nepal: Wisma Putra giat kesan rakyat Malaysia yang terputus hubungan
August 26, 2026, 8:33 pm
MYSkill ID ‘pasport kemahiran nasional’ dibawa ke Kementerian Kewangan
August 26, 2026, 7:37 pm
'Malaysia ada potensi perkukuh agro makanan, perlu berani belajar daripada China' - Mat Sabu
August 26, 2026, 6:12 pm
Elak 'budaya selesa', Malaysia perlu dipacu lebih pantas dan berani - PMX
August 26, 2026, 6:04 pm
Jerebu: Sarawak, Lembah Klang antara 11 kawasan catat IPU tidak sihat
August 26, 2026, 5:59 pm
Kemalangan roller coaster Subang Jaya: Majikan taman tema berdepan tindakan jika cuai
August 26, 2026, 5:38 pm
