TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis cedera terkena tembakan ketika rakan kosongkan senjata api

By
|
Kongsi
image

LAHAD DATU, 27 Ogos – Seorang anggota Pasukan Polis Marin (PPM) berpangkat Lans Koperal mengalami kecederaan selepas terkena tembakan tersasar di Pos Pengawal Marin di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Assistant Commissioner Dzulbaharin Ismail berkata, kejadian berlaku ketika rakan setugas mangsa sedang mengosongkan senjata api di lokasi berkenaan.

Ekoran insiden itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian perut serta jari tengah tangan kiri.

"Mangsa yang menerima rawatan awal di Hospital Lahad Datu kini dirujuk ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil di bawah pemantauan pihak hospital," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau menambah, kes kini disiasat di bawah Seksyen 37 Akta Senjata 1960 berhubung kesalahan melepaskan tembakan sehingga menyebabkan kecederaan, sambil menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian tersebut.

+ - reset