Berita Berita
PAC buka prosiding siasatan susulan dapatan RCI Tabung Haji
KUALA LUMPUR 27 Ogos - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memutuskan untuk memulakan prosiding siasatan berhubung kelemahan tadbir urus, kewangan dan pelaburan Lembaga Tabung Haji (TH) susulan pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).
Pengerusi PAC, Mas Ermieyati Samsudin, berkata keputusan itu dicapai secara sebulat suara hari ini selepas PAC menyifatkan pendedahan berkaitan TH sebagai perkara yang amat serius.
Menurutnya, beberapa persoalan masih menjadi perbincangan selepas laporan RCI berkenaan didedahkan dan seterusnya dibahaskan di Dewan Rakyat pada 11 Ogos lalu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata, sebagai jawatankuasa bipartisan, PAC mempunyai bidang kuasa yang jelas dan menjadi tanggungjawab pihaknya untuk memulakan prosiding berkaitan isu TH.
"Pada masa sama, PAC menegaskan bahawa prosiding ini bukan bertujuan mengulangi siasatan RCI yang telah dibuat dengan menyeluruh, sebaliknya menumpukan kepada status dan kemajuan sebenar pelaksanaan syor-syor RCI selaras dengan fungsi teras PAC," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mas Ermieyati berkata, tema, terma rujukan serta senarai saksi yang akan dipanggil masih belum ditetapkan pada masa ini.
Katanya, perkara itu akan diputuskan selepas anggota PAC mengadakan mesyuarat.
Sebagai sebahagian daripada prosiding siasatan itu, PAC juga akan merujuk beberapa dokumen berkaitan, termasuk laporan RCI, laporan Ketua Audit Negara serta laporan audit yang disediakan firma PricewaterhouseCoopers (PwC).
"PAC komited untuk menjalankan siasatan ini secara telus dan adil demi memastikan akauntabiliti berterusan pengurusan wang awam dan mengembalikan keyakinan penuh pendeposit terhadap TH," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi, semalam menyokong seruan supaya PAC meneliti pengurusan TH selepas 2017.
Beliau berkata, PAC lebih sesuai menjalankan siasatan susulan berbanding penubuhan RCI baharu.
Menurut Ahmad Zahid, siasatan berkenaan boleh membantu menjelaskan apa yang berlaku dalam tempoh tersebut, selain menangani persepsi awam berkaitan tadbir urus dana TH.
Berita berkaitan
August 27, 2026, 12:56 pm
"Ada orang jemput ke?" - Anwar tidak maklum pelawaan Azmin sertai semula PKR
August 27, 2026, 12:47 pm
Wanita berstatus isteri orang dicekup berkhalwat dengan warga emas di rumah kampung
August 27, 2026, 12:39 pm
Salah cetak bintang Jalur Gemilang, Mydin henti jualan tudung serta-merta
August 27, 2026, 12:33 pm
Pemandu tertidur dan tiada lesen, wanita maut Proton Saga terbabas di Tawau
August 27, 2026, 12:29 pm
Banjir Nepal: 17 pelancong Malaysia terputus hubungan berhampiran sempadan China
August 27, 2026, 12:07 pm
Ismail Sabri dapat ikat jamin RM300,000, pasport tidak diserah
August 27, 2026, 11:44 am
'Malaysia rumah kita' – Mohamed Khaled gesa rakyat jangan boikot Merdeka hanya kerana isu Rohingya
August 27, 2026, 11:10 am
