TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Operasi bersepadu di Miri: 12 buaya pelbagai saiz ditangkap tangani ancaman penduduk

By
|
Kongsi
image

MIRI, 28 Ogos – Sebanyak 12 ekor buaya berukuran antara dua hingga 3.7 meter berjaya ditangkap dalam satu operasi bersama membabitkan pasukan Team Eric Cat dan Sarawak Forestry Corporation (SFC) di sekitar daerah ini, kelmarin.

Operasi berkenaan dijalankan berikutan kebimbangan meningkat dalam kalangan penduduk tempatan, khususnya komuniti yang menetap berhampiran kawasan sungai berhubung ancaman keselamatan daripada reptilia pemangsa itu.

Pengasas Team Eric Cat memaklumkan bahawa kejayaan menangkap kesemua 12 ekor buaya bersaiz antara tujuh hingga 12 kaki itu adalah hasil komitmen dan kerjasama erat bersama pihak SFC sepanjang operasi malam berkenaan.

Beliau menambah, kolaborasi berterusan dengan agensi penguat kuasa amat penting bagi memastikan tindakan mengawal populasi dan ancaman buaya dapat dilaksanakan secara teratur dan berkesan.

Kesemua buaya yang ditangkap telah diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan serta pengurusan selanjutnya mengikut prosedur dan piawaian yang ditetapkan.

+ - reset