TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Hanya Aminuddin pulang penuh peruntukan DUN' - MB Negeri Sembilan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Hanya seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) setakat ini didapati telah memulangkan keseluruhan peruntukan yang diterima sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim berkata, bekas Menteri Besar, Aminuddin Harun adalah satu-satunya bekas ADUN PH yang telah membuat pemulangan penuh berdasarkan semakan di Pejabat Menteri Besar.

“Rekod menunjukkan setakat ini, hanya bekas menteri besar Aminuddin sahaja yang telah memulangkan keseluruhan peruntukan yang diterima.

“Memang ada yang sudah pulangkan tetapi mungkin tidak sepenuhnya seperti mana yang disalurkan. Mungkin mereka sudah gunakan untuk bantuan kepada rakyat dan sebagainya,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, Ismail dipetik Bernama sebagai berkata, bekas ADUN yang belum membuat pemulangan sepenuhnya perlu mengemukakan penjelasan serta rekod perbelanjaan kepada kerajaan negeri.

Semalam, Ismail berkata 17 ADUN PH dan dua penyelaras DUN di bawah pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan terdahulu perlu memulangkan peruntukan bagi tempoh Julai hingga September yang diterima sehari sebelum pembubaran DUN pada 5 Jun lalu.

Beliau berkata, setiap bekas Exco perlu memulangkan RM150,000 bagi peruntukan Ogos dan September.

Sementara itu, 10 ADUN PH bersama dua penyelaras DUN Labu dan Paroi pula perlu memulangkan peruntukan bagi tempoh Julai hingga September, masing-masing berjumlah RM174,000 dan RM150,000.

Terdahulu, ADUN PH di Negeri Sembilan menggesa kerajaan negeri mempertimbangkan semula arahan supaya mereka memulangkan peruntukan yang diterima bagi tempoh Julai hingga September susulan pembubaran DUN.

ADUN Nilai, J Arul Kumar berkata, semua ADUN menggunakan sebahagian daripada peruntukan itu untuk kebajikan rakyat, malah ada yang telah membelanjakannya sepenuhnya.

Katanya, semua ADUN PH dan dua penyelaras DUN juga telah mengemukakan laporan kewangan sehingga 30 Jun lalu kepada Pejabat Menteri Besar seperti diarahkan.

Menurutnya, baki peruntukan yang masih ada telah dipulangkan sebelum 10 Julai.

+ - reset