Berita Berita
Guru dipercayai paksa murid sakit jantung berlari ditukarkan sementara - JPN Kedah
ALOR SETAR 28 Ogos - Guru yang didakwa terlibat dalam kes murid perempuan berusia 11 tahun yang mempunyai sejarah penyakit jantung dan dikatakan dipaksa menyertai aktiviti sukan, telah ditukarkan sementara menunggu hasil siasatan.
Jurucakap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah berkata, guru berkenaan ditukarkan ke sekolah baharu sejurus siasatan awal dijalankan sebagai langkah intervensi awal.
"Pada masa ini, tindakan telah diserahkan kepada unit integriti Kementerian Pendidikan (KPM) untuk tindakan seterusnya.
"Orang ramai diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu dan memberikan ruang kepada pihak JPN dan KPM untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Sementara itu, sumber dalaman sekolah memaklumkan kejadian membabitkan Allahyarham Nur Qaira Alisha Ahmad 'Ilwan berlaku pada 14 April lalu ketika murid berkenaan dikatakan menyertai pemilihan acara larian 80 meter bagi program sukan sekolah.
"Murid itu memang mempunyai sejarah penyakit jantung daripada kecil. (Selepas bersukan), murid berkenaan jatuh sakit dan mula mendapat rawatan pada 17 April dan tidak hadir ke sekolah selama empat bulan dan aduan daripada waris telah dibuat pada 10 Mei," katanya.
Terdahulu, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan unit integriti KPM mengambil tindakan selanjutnya berhubung kematian Nur Qaira Alisha, selaras dengan peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.
Beliau turut dimaklumkan bahawa JPN Kedah telah menjalankan siasatan berhubung aduan yang dikemukakan keluarga arwah.
Sebelum ini, tular perkongsian bapa mangsa di media sosial yang mendakwa anaknya yang mempunyai masalah jantung diarahkan seorang guru menyertai aktiviti larian ketika pemilihan rumah sukan, walaupun surat pengesahan mengenai penyakit berkenaan telah diserahkan.
Susulan kejadian itu, Nur Qaira Alisha didakwa terlantar dan terpaksa menggunakan bantuan oksigen sebelum dilaporkan meninggal dunia pada jam 7.49 malam, Rabu lalu.
Kes berkenaan mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya yang menggesa tindakan segera diambil terhadap pihak yang terlibat.
Berita berkaitan
August 28, 2026, 1:17 pm
‘Sabar, fakta akan keluar' - Saravanan tak gentar, nekad bersihkan nama dari tuduhan rasuah
August 28, 2026, 10:41 am
Rancang perjalanan, lebih 150,000 kenderaan dijangka guna WCE sehari sempena cuti Merdeka, sekolah
August 28, 2026, 10:13 am
Gempa bumi lemah 3.4 magnitud kesan di Temenggor, gegaran dirasai di Gerik
August 28, 2026, 10:11 am
Selaras pemansuhan AUKU, KPT arah hentikan prosiding tatatertib kebebasan bersuara mahasiswa serta-merta
August 28, 2026, 9:49 am
Saravanan didakwa terima rasuah RM1.097 juta, lulus permohonan kuota pekerja asing
August 28, 2026, 8:20 am
Penyokong Saravanan mula memenuhi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
August 28, 2026, 8:06 am
Sarawak dijangka paling terjejas, jerebu teruk ancam Semenanjung hingga 31 Ogos
August 28, 2026, 8:05 am
'Hanya Aminuddin pulang penuh peruntukan DUN' - MB Negeri Sembilan
August 28, 2026, 8:00 am
