TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Gempa bumi lemah 3.4 magnitud kesan di Temenggor, gegaran dirasai di Gerik

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Gempa bumi lemah berukuran 3.4 magnitud menggegar kawasan Temenggor di Gerik, Perak pada jam 12.06 tengah malam tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, pusat gempa bumi berkenaan dikesan berada pada kedalaman 10 kilometer di koordinat 5.5 darjah Utara dan 101.3 darjah Timur, berjarak 9 kilometer ke arah timur laut dari Hulu Perak.

"Gegaran turut dirasai di sekitar kawasan Gerik, bagaimanapun tiada sebarang ancaman tsunami dikeluarkan susulan kejadian berkenaan," menurut kenyataan itu.

MetMalaysia memaklumkan pemantauan berterusan sedang dijalankan dan meminta orang awam yang merasai gegaran tersebut untuk tampil mengisi borang soal selidik yang disediakan di platform rasmi agensi berkenaan.

+ - reset