Berita Berita
Sarawak dijangka paling terjejas, jerebu teruk ancam Semenanjung hingga 31 Ogos
PUTRAJAYA, 28 Ogos – Beberapa kawasan di seluruh negara berisiko berdepan cuaca berjerebu dengan jarak penglihatan terhad sehingga 31 Ogos ini, menurut analisis model ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata, situasi itu berpunca daripada pengaruh angin barat daya serta peningkatan jumlah titik panas yang signifikan di selatan Sumatera dan barat Kalimantan.
"Ramalan model kepekatan jerebu MyCMAQ menunjukkan Sarawak berpotensi menjadi kawasan paling terjejas pada tahap Tidak Sihat, malah beberapa daerah dijangka mencapai tahap Sangat Tidak Sihat pada 30 dan 31 Ogos," katanya dalam kenyataan media.
Beliau menambah, cuaca berjerebu turut dijangka menjejaskan Sabah mulai Sabtu, manakala kepekatan jerebu yang tinggi berpotensi berlaku di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Susulan fenomena berkenaan, Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil memaklumkan kerajaan sedang mempertimbangkan keperluan mengubah skala atau lokasi sambutan Hari Kebangsaan, sementara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat mendoakan agar keadaan kembali terkawal menjelang hari acara.
Berita berkaitan
August 28, 2026, 1:17 pm
‘Sabar, fakta akan keluar' - Saravanan tak gentar, nekad bersihkan nama dari tuduhan rasuah
August 28, 2026, 11:05 am
Guru dipercayai paksa murid sakit jantung berlari ditukarkan sementara - JPN Kedah
August 28, 2026, 10:41 am
Rancang perjalanan, lebih 150,000 kenderaan dijangka guna WCE sehari sempena cuti Merdeka, sekolah
August 28, 2026, 10:13 am
Gempa bumi lemah 3.4 magnitud kesan di Temenggor, gegaran dirasai di Gerik
August 28, 2026, 10:11 am
Selaras pemansuhan AUKU, KPT arah hentikan prosiding tatatertib kebebasan bersuara mahasiswa serta-merta
August 28, 2026, 9:49 am
Saravanan didakwa terima rasuah RM1.097 juta, lulus permohonan kuota pekerja asing
August 28, 2026, 8:20 am
Penyokong Saravanan mula memenuhi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
August 28, 2026, 8:05 am
'Hanya Aminuddin pulang penuh peruntukan DUN' - MB Negeri Sembilan
August 28, 2026, 8:00 am
