Berita Berita
Selaras pemansuhan AUKU, KPT arah hentikan prosiding tatatertib kebebasan bersuara mahasiswa serta-merta
KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengarahkan semua prosiding tatatertib berkaitan kebebasan bersuara, penyataan pandangan, kritikan awam dan perhimpunan secara aman di seluruh universiti awam dihentikan berkuat kuasa serta-merta.
KPT dalam kenyataan hari ini memaklumkan, langkah interim itu diambil selaras dengan keputusan kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 seperti yang ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tindakan itu membabitkan pengecualian pemakaian peruntukan AUKU dan Kaedah-Kaedah Tatatertib Pelajar yang mengehadkan kebebasan pengurusan persatuan, aktiviti pelajar, penerbitan dokumen serta penggunaan platform komunikasi tanpa perlu menunggu penggubalan akta baharu selesai.
"Penelitian yang sama turut akan dilaksanakan bagi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang tidak tertakluk di bawah AUKU supaya selaras dengan pembaharuan ini," menurut kenyataan itu.
Walau bagaimanapun, KPT menegaskan bahawa kebebasan berkenaan tertakluk kepada keluhuran undang-undang, manakala sebarang kesalahan membabitkan keganasan, vandalisme, jenayah atau salah laku akademik tetap tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa.
Berita berkaitan
August 28, 2026, 1:17 pm
‘Sabar, fakta akan keluar' - Saravanan tak gentar, nekad bersihkan nama dari tuduhan rasuah
August 28, 2026, 11:05 am
Guru dipercayai paksa murid sakit jantung berlari ditukarkan sementara - JPN Kedah
August 28, 2026, 10:41 am
Rancang perjalanan, lebih 150,000 kenderaan dijangka guna WCE sehari sempena cuti Merdeka, sekolah
August 28, 2026, 10:13 am
Gempa bumi lemah 3.4 magnitud kesan di Temenggor, gegaran dirasai di Gerik
August 28, 2026, 9:49 am
Saravanan didakwa terima rasuah RM1.097 juta, lulus permohonan kuota pekerja asing
August 28, 2026, 8:20 am
Penyokong Saravanan mula memenuhi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
August 28, 2026, 8:06 am
Sarawak dijangka paling terjejas, jerebu teruk ancam Semenanjung hingga 31 Ogos
August 28, 2026, 8:05 am
'Hanya Aminuddin pulang penuh peruntukan DUN' - MB Negeri Sembilan
August 28, 2026, 8:00 am
