Berita Berita
Saravanan didakwa terima rasuah RM1.097 juta, lulus permohonan kuota pekerja asing
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Bekas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM1.097 juta berhubung kelulusan bagi permohonan 1,000 kuota pekerja asing untuk sebuah syarikat, empat tahun lepas.
Saravanan, 58, yang juga Timbalan Presiden MIC, mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan satu per satu di hadapan Hakim Azura Alwi.
Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Saravanan didakwa telah secara rasuah menerima wang tunai masing-masing RM150,000 dan RM350,000 daripada Pengarah Syarikat Vectica Resources Sdn Bhd, Tan Teck Lim, 65, melalui Syed Amirul Syed Ahmad, 38, di Bukit Jalil Golf & Country Resorts dan di Jalan Telawi 3, Bangsar pada 16 Jun 2022 dan 7 Julai 2022.
Perkara itu sebagai dorongan dan upah untuk tertuduh sebagai Menteri Sumber Manusia memberikan kelulusan terhadap permohonan sebanyak 1,000 kuota pekerja asing bagi syarikat TYKB Engineering Sdn Bhd.
Bagi pertuduhan ketiga, Saravanan didakwa telah secara rasuah menerima wang RM597,000 daripada individu sama melalui sekeping cek bank yang didepositkan ke dalam akaun bank milik Big Seven Ventures Sdn Bhd bagi tujuan serupa di Maybank Islamic Berhad, Cawangan Jalan Klang Lama, Taman Desa pada 7 Julai 2022.
Kesemua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000, jika sabit kesalahan.
Berita berkaitan
August 28, 2026, 1:17 pm
‘Sabar, fakta akan keluar' - Saravanan tak gentar, nekad bersihkan nama dari tuduhan rasuah
August 28, 2026, 11:05 am
Guru dipercayai paksa murid sakit jantung berlari ditukarkan sementara - JPN Kedah
August 28, 2026, 10:41 am
Rancang perjalanan, lebih 150,000 kenderaan dijangka guna WCE sehari sempena cuti Merdeka, sekolah
August 28, 2026, 10:13 am
Gempa bumi lemah 3.4 magnitud kesan di Temenggor, gegaran dirasai di Gerik
August 28, 2026, 10:11 am
Selaras pemansuhan AUKU, KPT arah hentikan prosiding tatatertib kebebasan bersuara mahasiswa serta-merta
August 28, 2026, 8:20 am
Penyokong Saravanan mula memenuhi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
August 28, 2026, 8:06 am
Sarawak dijangka paling terjejas, jerebu teruk ancam Semenanjung hingga 31 Ogos
August 28, 2026, 8:05 am
'Hanya Aminuddin pulang penuh peruntukan DUN' - MB Negeri Sembilan
August 28, 2026, 8:00 am
