Berita Berita
Penyokong Saravanan mula memenuhi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Beberapa individu yang dipercayai penyokong bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan mula berkumpul di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, pagi ini.
Suasana di hadapan pintu pagar utama kompleks mahkamah dilaporkan sedikit tegang apabila beberapa individu mendakwa mereka tidak dibenarkan memasuki kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, keadaan kembali tenang beberapa minit kemudian selepas individu yang dipercayai petugas mahkamah membenarkan mereka masuk.
Media sebelum ini melaporkan Saravanan mengesahkan beliau bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Ahli Parlimen Tapah itu mendakwa pertuduhan yang bakal dihadapinya berpunca daripada kenyataan pihak ketiga yang mengaitkannya dengan isu pengambilan pekerja asing ketika pandemik COVID-19 pada 2022.
Berita berkaitan
August 28, 2026, 1:17 pm
‘Sabar, fakta akan keluar' - Saravanan tak gentar, nekad bersihkan nama dari tuduhan rasuah
August 28, 2026, 11:05 am
Guru dipercayai paksa murid sakit jantung berlari ditukarkan sementara - JPN Kedah
August 28, 2026, 10:41 am
Rancang perjalanan, lebih 150,000 kenderaan dijangka guna WCE sehari sempena cuti Merdeka, sekolah
August 28, 2026, 10:13 am
Gempa bumi lemah 3.4 magnitud kesan di Temenggor, gegaran dirasai di Gerik
August 28, 2026, 10:11 am
Selaras pemansuhan AUKU, KPT arah hentikan prosiding tatatertib kebebasan bersuara mahasiswa serta-merta
August 28, 2026, 9:49 am
Saravanan didakwa terima rasuah RM1.097 juta, lulus permohonan kuota pekerja asing
August 28, 2026, 8:06 am
Sarawak dijangka paling terjejas, jerebu teruk ancam Semenanjung hingga 31 Ogos
August 28, 2026, 8:05 am
'Hanya Aminuddin pulang penuh peruntukan DUN' - MB Negeri Sembilan
August 28, 2026, 8:00 am
