Berita Berita
Banjir Nepal: Malaysia selaras bantuan, pertimbang hantar pasukan penyelamat
SEBERANG JAYA, 28 Ogos – Kerajaan Malaysia sedang menyelaras penghantaran bantuan kewangan dan ubat-ubatan serta mempertimbangkan penghantaran pasukan penyelamat ke Nepal susulan bencana banjir kilat yang mengorbankan ratusan nyawa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kementerian Luar kini dalam proses mendapatkan senarai muktamad rakyat Malaysia yang terjejas selepas sekurang-kurangnya 57 warga tempatan dilaporkan gagal dihubungi setakat malam semalam.
"Memang ada beberapa, ada puluhan juga orang-orang Malaysia, sama ada jelas kehilangan nyawa atau pun masih belum dapat dikesan. Jadi kita minta keluarga yang terlibat untuk hubungi Kementerian Luar," katanya ketika ditemui media di Masjid Sembilang di sini, hari ini.
Beliau menambah, bentuk bantuan ketenteraan dan keselamatan sedang diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sama ada membabitkan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khusus Malaysia (SMART) atau Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Bencana banjir dahsyat yang melanda utara Nepal sejak Rabu lalu telah mengorbankan lebih 400 nyawa serta menyukarkan operasi menyelamat berikutan kemusnahan infrastruktur jalan raya dan laluan perhubungan yang terputus.
Berita berkaitan
August 29, 2026, 11:25 am
Jangan degil! KKM beri amaran, 'Reta' masih belum lulus, pengguna boleh alami komplikasi kesihatan
August 29, 2026, 11:19 am
Kematian Nur Qaira: Dr. Taufiq desak siasatan menyeluruh tanpa kompromi
August 29, 2026, 11:13 am
Miliki pelbagai spesies burung liar tanpa lesen, lelaki ditahan di Kota Bharu
August 29, 2026, 9:31 am
PAU 2026: UMNO utus jemputan rasmi kepada pimpinan tertinggi Pas
August 29, 2026, 9:16 am
Mahu raikan perkahwinan rakan, 7 warga Yaman ditahan aksi berbahaya atas jalan
August 28, 2026, 10:10 pm
GVM sambut 25 tahun dalam industri, bakal gegarkan Kuala Lumpur Oktober ini
August 28, 2026, 5:18 pm
'Beri anak muda ruang berbeza pandangan, berani bersuara dengan ilmu' - Fadhlina
August 28, 2026, 3:50 pm
