TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kematian Nur Qaira: Dr. Taufiq desak siasatan menyeluruh tanpa kompromi

By
|
Kongsi
image

SEBERANG PERAI, 29 Ogos – Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari menggesa siasatan berhubung kematian seorang murid perempuan berumur 11 tahun di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pak Kiau, Kedah dijalankan secara menyeluruh, telus dan tanpa sebarang kompromi.

Beliau menegaskan, semua pihak berkaitan wajar diberikan ruang memberi penjelasan berhubung insiden membabitkan penderitaan penyakit jantung murid berkenaan yang didakwa dipaksa menyertai aktiviti larian.

"Saya ingin menegaskan bahawa perkara ini perlu disiasat dengan teliti, menyeluruh, telus dan berintegriti. Sekiranya siasatan mendapati wujud kecuaian atau pelanggaran peraturan, tindakan sewajarnya mesti diambil selaras dengan undang-undang," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan bapa mangsa bahawa anaknya, Nur Qaira Alisha Ahmad Ilwan, tetap diarahkan menyertai latihan larian pemilihan rumah sukan oleh seorang guru walaupun surat pengesahan sakit jantung sudah diserahkan, sebelum dilaporkan meninggal dunia selepas terlantar di hospital.

Susulan insiden itu, Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek telah mengarahkan Unit Integriti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan lanjut, manakala Dr. Taufiq menggesa orang ramai memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan secara profesional.

+ - reset