TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Miliki pelbagai spesies burung liar tanpa lesen, lelaki ditahan di Kota Bharu

By
|
Kongsi
image

KOTA BHARU, 29 Ogos – Seorang lelaki ditahan selepas disyaki memiliki pelbagai spesies hidupan liar tanpa dokumen sah dalam satu serbuan di sebuah premis di sini, pada 23 Ogos lalu.

Operasi berpadu berkenaan dijalankan oleh Wildlife Crime Unit Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dengan kerjasama Polis Marin Wilayah 3.

Perhilitan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pelbagai jenis burung dilindungi seperti burung ayam-ayam, Merbah Luris Leher dan Helang Siput telah dirampas dengan nilai anggaran keseluruhan RM36,350.

"Suspek yang merupakan penghuni premis berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716)," menurut kenyataan itu.

Pihak Perhilitan turut menggesa orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kegiatan jenayah hidupan liar untuk menyalurkannya menerusi talian Hotline Perhilitan 1-800-88-5151 atau laman web rasmi agensi terbabit.

+ - reset