Berita Berita
Konvoi kereta mewah ke Genting terbantut, lelaki Rohingya ditahan pandu Honda Civic Type R tanpa lesen
KUALA LUMPUR 28 Ogos – Konvoi beberapa kenderaan mewah menuju ke Genting Highlands terbongkar apabila seorang lelaki etnik Rohingya ditahan kerana memandu Honda Civic Type R tanpa lesen memandu yang sah dalam Operasi Khas Luxury di Plaza Tol Lebuhraya Setiawangsa-Pantai Expressway (SPE), di sini, Jumaat.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL), Hamidi Adam berkata, kenderaan berkenaan dikesan bergerak secara berkonvoi bersama beberapa kenderaan lain sebelum ditahan untuk pemeriksaan.
“Hasil pemeriksaan mendapati pemandu terbabit tidak memiliki lesen memandu yang sah, kita mengambil tindakan sitaan terhadap kenderaan berkenaan mengikut peruntukan undang-undang,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, lelaki berkenaan mendakwa dirinya bekerja dengan pemilik kenderaan terbabit dan pada ketika kejadian berkonvoi bersama majikannya.
“Dia berkonvoi bersama pemilik kenderaan berkenaan. Majikannya ketika itu memandu Nissan GT-R dan membenarkan lelaki terbabit membawa Honda Civic Type R,” katanya.
Menurut Hamidi, sepanjang operasi khas yang berlangsung selama tiga hari bermula Selasa hingga Khamis, JPJ WPKL menyita 23 kenderaan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
Antara kenderaan yang turut disita ialah Ferrari F8, Porsche Macan, Land Rover Range Rover Sport, BMW, Mercedes-Benz, Audi, Volvo dan Toyota Alphard.
Beliau berkata, sebanyak 96 notis dikeluarkan sepanjang operasi berkenaan, dengan 39 kes membabitkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, 30 kes tiada perlindungan insurans, tiga kes tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan satu kes mempamerkan nombor pendaftaran kenderaan lain.
Sementara itu, Hamidi berkata, sehingga 28 Ogos tahun ini, sebanyak 179 kenderaan telah disita JPJ WPKL menerusi Operasi Khas Luxury.
“Dalam tempoh sama sebanyak 393 notis P22 dikeluarkan membabitkan 209 kes LKM tamat tempoh, 158 kes tiada perlindungan insurans, 21 kes tiada CDL dan lima kes melibatkan kesalahan lain.
“Selain itu, sebanyak 179 notis penyitaan di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah dikeluarkan, menjadikan jumlah keseluruhan 572 notis bagi pelaksanaan Operasi Khas Luxury sepanjang tahun ini,” katanya.
Berita berkaitan
August 29, 2026, 11:25 am
Jangan degil! KKM beri amaran, 'Reta' masih belum lulus, pengguna boleh alami komplikasi kesihatan
August 29, 2026, 11:19 am
Kematian Nur Qaira: Dr. Taufiq desak siasatan menyeluruh tanpa kompromi
August 29, 2026, 11:13 am
Miliki pelbagai spesies burung liar tanpa lesen, lelaki ditahan di Kota Bharu
August 29, 2026, 9:31 am
PAU 2026: UMNO utus jemputan rasmi kepada pimpinan tertinggi Pas
August 29, 2026, 9:16 am
Mahu raikan perkahwinan rakan, 7 warga Yaman ditahan aksi berbahaya atas jalan
August 28, 2026, 10:10 pm
GVM sambut 25 tahun dalam industri, bakal gegarkan Kuala Lumpur Oktober ini
August 28, 2026, 5:18 pm
'Beri anak muda ruang berbeza pandangan, berani bersuara dengan ilmu' - Fadhlina
August 28, 2026, 3:50 pm
'Stay strong, mohon maaf cikgu-cikgu' - Fadhlina arah BPSH teliti semula kes kritikal guru PJJ
August 28, 2026, 3:20 pm
