Berita Berita
GVM sambut 25 tahun dalam industri, bakal gegarkan Kuala Lumpur Oktober ini
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Pengarah, penulis dan personaliti kreatif terkenal India, Gautham Vasudev Menon atau lebih dikenali sebagai GVM, bakal hadir ke Malaysia bagi acara khas ONDRA RENDA 25 YEARS OF GVM pada 10 Oktober depan.
Acara premium yang berlangsung di The Arch Galeries, Kuala Lumpur itu dianjurkan bagi meraikan perjalanan 25 tahun GVM dalam industri perfileman India, selain memberi peluang kepada peminat mendekati tokoh berkenaan menerusi pengalaman hiburan secara langsung.
Menurut Pengarah Pembangunan Perniagaan My Events International, Dailan Muhammad Ravi berkata, acara berkenaan bukan sekadar konsert biasa, sebaliknya menggabungkan sesi perkongsian, muzik, kisah di sebalik pembikinan filem serta interaksi bersama penonton.
“Selain Gautham Vasudev Menon, konsert ini juga akan ada lebih kurang tujuh penyanyi,” katanya ketika ditemui pada sidang media pengumuman acara itu di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur, hari ini.
Antara barisan penyanyi yang bakal menghidupkan karya dan dunia muzik GVM termasuk Karthik, Shruti Haasan, Sathya Prakash, Saindhavi, Paal Dabba, Blaaze, Hari Priya dan Krish, selain persembahan bersama sebuah kumpulan muzik secara langsung.
Acara itu turut mendapat kerjasama pelakon legenda India, R. Radikaa Sarathkumar, yang merupakan rakan strategik My Events International dalam penganjuran program berkenaan.
Dailan berkata, pihak penganjur menjangkakan kira-kira 5,000 penonton akan menghadiri acara tersebut, termasuk peminat filem Tamil, komuniti berbahasa Tamil, golongan muda, profesional, keluarga serta tetamu korporat dari Malaysia, Singapura dan rantau sekitar.
Menurutnya, kehadiran GVM ke Malaysia memberi peluang kepada peminat menyelami perjalanan kreatif beliau dalam dunia perfileman, termasuk inspirasi, pengalaman dan proses menghasilkan karya-karya yang dekat dengan penonton merentasi generasi.
Berbeza dengan konsert konvensional, ONDRA RENDA 25 YEARS OF GVM dirangka sebagai pengalaman hiburan secara langsung yang menggabungkan perbualan, sinema, muzik, memori dan interaksi bersama penonton.
Dalam pada itu, My Events International dan Radaan Mediaworks India Limited turut menjalinkan kerjasama strategik dalam industri pawagam dan hiburan, dengan menggabungkan kepakaran masing-masing dalam pengurusan acara, media, kandungan, produksi dan penglibatan penonton.
Kerjasama itu antara lain bertujuan membawa lebih banyak inisiatif berkaitan filem dan hiburan India ke Malaysia, termasuk acara langsung, kemunculan selebriti, program berkaitan filem, pembangunan kandungan serta kempen promosi.
Penganjur turut melihat acara berkenaan sebagai platform untuk memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi hiburan dan pengalaman kebudayaan India di peringkat antarabangsa.
Tiket untuk acara itu boleh didapati menerusi laman sesawang Ticket To You, manakala promosi Merdeka Sale turut ditawarkan untuk tempoh lima hari bermula hari ini.
My Events International, yang mempunyai pengalaman selama 19 tahun dalam industri kandungan dan pengurusan acara, sebelum ini terbabit dalam penganjuran pelbagai acara termasuk konsert, persidangan, pameran dan majlis makan malam gala.
Sementara itu, Radaan Mediaworks India Limited yang berpangkalan di Chennai, Tamil Nadu, mempunyai pengalaman dalam produksi televisyen, pawagam, kandungan digital dan hiburan langsung.
Radaan diterajui R. Radikaa Sarathkumar selaku Pengerusi dan Pengarah Urusan, dengan syarikat berkenaan mempunyai pengalaman menghasilkan kandungan untuk pelbagai rangkaian televisyen utama di India Selatan selain pernah menganjurkan acara di beberapa negara termasuk Malaysia, Singapura dan United Kingdom.
Berita berkaitan
August 29, 2026, 11:25 am
Jangan degil! KKM beri amaran, 'Reta' masih belum lulus, pengguna boleh alami komplikasi kesihatan
August 29, 2026, 11:19 am
Kematian Nur Qaira: Dr. Taufiq desak siasatan menyeluruh tanpa kompromi
August 29, 2026, 11:13 am
Miliki pelbagai spesies burung liar tanpa lesen, lelaki ditahan di Kota Bharu
August 29, 2026, 9:31 am
PAU 2026: UMNO utus jemputan rasmi kepada pimpinan tertinggi Pas
August 29, 2026, 9:16 am
Mahu raikan perkahwinan rakan, 7 warga Yaman ditahan aksi berbahaya atas jalan
August 28, 2026, 5:18 pm
'Beri anak muda ruang berbeza pandangan, berani bersuara dengan ilmu' - Fadhlina
August 28, 2026, 3:50 pm
'Stay strong, mohon maaf cikgu-cikgu' - Fadhlina arah BPSH teliti semula kes kritikal guru PJJ
August 28, 2026, 3:20 pm
