Berita Berita
PAU 2026: UMNO utus jemputan rasmi kepada pimpinan tertinggi Pas
KUALA LUMPUR, 29 Ogos – UMNO akan memanjangkan jemputan rasmi kepada pimpinan tertinggi Pas untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 12 September depan.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu dibuat sebagai tanda penghormatan selain membalas jemputan Pas kepada kepimpinan UMNO untuk menghadiri Muktamar Tahunan parti itu di Kelantan, minggu depan.
"Sempena PAU akan datang, tiga program utama akan diadakan sehari awal iaitu Konvensyen Pendidikan Melayu 2026, Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia dan Laman Wanita Kreatif. UMNO bersetuju menjemput kepimpinan tertinggi Pas sebagai balasan atas jemputan mereka sebelum ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat MKT UMNO di Menara Dato' Onn, di sini semalam.
Jemputan itu menyusul selepas Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan penyerahan jemputan kepada pimpinan UMNO ke Muktamar Tahunan Pas ke-72 dari 2 hingga 5 September ini, selain pengesahan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang akan hadir ke Muktamar Pemuda Pas.
Dalam perkembangan lain, Asyraf Wajdi turut memaklumkan pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ismail Lasim sebagai ahli MKT baharu berkuat kuasa serta-merta.
Berita berkaitan
August 29, 2026, 11:25 am
Jangan degil! KKM beri amaran, 'Reta' masih belum lulus, pengguna boleh alami komplikasi kesihatan
August 29, 2026, 11:19 am
Kematian Nur Qaira: Dr. Taufiq desak siasatan menyeluruh tanpa kompromi
August 29, 2026, 11:13 am
Miliki pelbagai spesies burung liar tanpa lesen, lelaki ditahan di Kota Bharu
August 29, 2026, 9:16 am
Mahu raikan perkahwinan rakan, 7 warga Yaman ditahan aksi berbahaya atas jalan
August 28, 2026, 10:10 pm
GVM sambut 25 tahun dalam industri, bakal gegarkan Kuala Lumpur Oktober ini
August 28, 2026, 5:18 pm
'Beri anak muda ruang berbeza pandangan, berani bersuara dengan ilmu' - Fadhlina
August 28, 2026, 3:50 pm
'Stay strong, mohon maaf cikgu-cikgu' - Fadhlina arah BPSH teliti semula kes kritikal guru PJJ
August 28, 2026, 3:20 pm
