Berita Berita
Mahu raikan perkahwinan rakan, 7 warga Yaman ditahan aksi berbahaya atas jalan
KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Gara-gara melakukan aksi berbahaya dengan mengeluarkan badan dan duduk di atas tingkap kenderaan yang sedang bergerak, tujuh lelaki warga Yaman ditahan polis berhampiran Jalan Sungai Besi di sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Assistant Commissioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, tangkapan ke atas kesemua individu berusia 23 hingga 26 tahun itu dibuat susulan penularan satu rakaman video di platform Threads.
"Siasatan awal mendapati kenderaan terbabit dalam perjalanan dari Jalan Sungai Besi menuju ke Jalan Bukit Bintang. Lima daripada suspek merupakan pelajar universiti awam di Kedah manakala dua lagi adalah lepasan universiti," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau menambah, hasil soal siasat mendapati tindakan cuai berkenaan dilakukan semata-mata untuk berseronok bagi meraikan perkahwinan rakan mereka.
Kesemua suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan diambil, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan gopoh yang membahayakan nyawa atau keselamatan awam.
Berita berkaitan
August 29, 2026, 11:25 am
Jangan degil! KKM beri amaran, 'Reta' masih belum lulus, pengguna boleh alami komplikasi kesihatan
August 29, 2026, 11:19 am
Kematian Nur Qaira: Dr. Taufiq desak siasatan menyeluruh tanpa kompromi
August 29, 2026, 11:13 am
Miliki pelbagai spesies burung liar tanpa lesen, lelaki ditahan di Kota Bharu
August 29, 2026, 9:31 am
PAU 2026: UMNO utus jemputan rasmi kepada pimpinan tertinggi Pas
August 28, 2026, 10:10 pm
GVM sambut 25 tahun dalam industri, bakal gegarkan Kuala Lumpur Oktober ini
August 28, 2026, 5:18 pm
'Beri anak muda ruang berbeza pandangan, berani bersuara dengan ilmu' - Fadhlina
August 28, 2026, 3:50 pm
'Stay strong, mohon maaf cikgu-cikgu' - Fadhlina arah BPSH teliti semula kes kritikal guru PJJ
August 28, 2026, 3:20 pm
