TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Stay strong, mohon maaf cikgu-cikgu' - Fadhlina arah BPSH teliti semula kes kritikal guru PJJ

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) meneliti semula beberapa kes kritikal membabitkan guru yang masih gagal mendapatkan pertukaran menerusi sistem eGTukar.

Beliau berkata, perkara itu diberi perhatian susulan luahan kekecewaan guru yang terpaksa berjauhan dengan pasangan dan keluarga, termasuk mereka yang menjalani perkahwinan jarak jauh (PJJ).

"Mohon maaf, cikgu-cikgu. Saya faham masih ramai yang perkahwinan jarak jauh (PJJ), berjauhan dengan pasangan dan keluarga.

"Sebab itu antara ikhtiar kita adalah memendekkan tempoh permohonan kepada 24 bulan berbanding 36 bulan sebelum ini," katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Fadhlina berkata, keputusan permohonan Fasa 2 dijangka diumumkan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Beliau turut meminta guru yang belum berjaya mendapatkan pertukaran supaya tidak berputus asa, selain memberi jaminan pihak kementerian akan terus berusaha mencari jalan terbaik.

"Insya-ALLAH. Kepada yang belum berjaya kali ini, jangan putus asa, kita terus ikhtiarkan apa yang boleh.

"Stay strong, we love you. We make doa for you," ujarnya.

+ - reset