Berita Berita
'Hutang negara meningkat sejak 1998, Anwar sedang kerja keras perbaiki kerosakan negara' - Aiman Athirah
KUALA LUMPUR 30 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sedang berusaha keras memperbaiki kerosakan dan memastikan Malaysia tidak terus gagal susulan peningkatan hutang negara sejak 1998 hingga 2022.
Ahli Parlimen Sepang yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, hutang negara meningkat daripada RM103.6 bilion pada 1998 kepada RM1.08 trilion pada 2022, sekali gus mewariskan beban hutang yang tinggi kepada pentadbiran hari ini.
Katanya, usaha Anwar memperbaiki keadaan itu jelas melalui kerja keras yang dilakukan tanpa membuang masa melayan pelbagai drama politik.
"Yang dihina dan diburukkan itulah yang sebenarnya sedang bekerja berhempas pulas memperbaiki segala kerosakan dan pengkhianatan terhadap amanah rakyat. Anwar Ibrahim tidak punya banyak masa untuk dibazirkan dengan pelbagai drama politik."
Menurut Aiman Athirah, Perdana Menteri mengetahui perkara yang telah berlaku sebelum ini dan langkah yang perlu diambil bagi memastikan negara tidak terus berada dalam keadaan gagal.
"Usaha dan kerja kerasnya jelas. Dia tahu apa yang sudah berlaku dan bagaimana negara ini tidak boleh terus dibiarkan gagal."
Beliau berkata, kejayaan Malaysia bukan sekadar tanggungjawab kerajaan semasa, sebaliknya menjadi amanah kepada generasi akan datang.
"Malaysia perlu berjaya, dan wajib berjaya untuk generasi seterusnya."
Berita berkaitan
August 30, 2026, 1:10 pm
Banjir Nepal: Kerajaan hantar pasukan SMART, salur sumbangan AS$1 juta
August 30, 2026, 12:56 pm
FAMA nafi dakwaan wujud peniaga Rohingya di pasar tani Terengganu
August 30, 2026, 12:39 pm
Dua beradik sesat di Bukit Putus Lama ditemui selamat
August 30, 2026, 12:35 pm
Isu Azizulhasni: Pemuda Pas persoal keseriusan KBS, minta perinci peruntukan RM9.3 juta
August 29, 2026, 11:25 am
Jangan degil! KKM beri amaran, 'Reta' masih belum lulus, pengguna boleh alami komplikasi kesihatan
August 29, 2026, 11:19 am
Kematian Nur Qaira: Dr. Taufiq desak siasatan menyeluruh tanpa kompromi
August 29, 2026, 11:13 am
