Berita Berita
Isu Azizulhasni: Pemuda Pas persoal keseriusan KBS, minta perinci peruntukan RM9.3 juta
SHAH ALAM, 30 Ogos – Pendedahan jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang berhubung kelewatan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membuat keputusan mengenai perancangannya ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) menggambarkan ketidakcekapan pengurusan atlet berprestasi tinggi.
Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN) sepatutnya bertindak secara terus terang dan profesional sama ada masih memerlukan khidmat serta pengalaman bekas juara dunia itu atau sebaliknya.
"KBS perlu buat keputusan segera. Beliau ada keluarga dan komitmen kewangan yang perlu diuruskan. Kita tidak mahu KBS melepaskan peluang keemasan menuju LA28 membabitkan atlet yang masih berada dalam kedudukan 20 teratas dunia," katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.
Beliau turut mempersoalkan pengurusan peruntukan RM9.3 juta bagi program pembangunan sukan berbasikal trek negara yang diumumkan sebelum ini, memandangkan Azizulhasni mendakwa hanya menerima RM100,000 bagi tahun ini daripada geran yang dijanjikan.
Afnan Hamimi menggesa Menteri Belia dan Sukan memperincikan agihan dana berkenaan secara telus serta menyertakan sasaran prestasi program, di samping memberi perhatian serius dan tindakan pantas bagi menyelesaikan isu terbabit.
Berita berkaitan
August 30, 2026, 1:10 pm
Banjir Nepal: Kerajaan hantar pasukan SMART, salur sumbangan AS$1 juta
August 30, 2026, 12:56 pm
FAMA nafi dakwaan wujud peniaga Rohingya di pasar tani Terengganu
August 30, 2026, 12:39 pm
Dua beradik sesat di Bukit Putus Lama ditemui selamat
August 30, 2026, 11:31 am
'Hutang negara meningkat sejak 1998, Anwar sedang kerja keras perbaiki kerosakan negara' - Aiman Athirah
August 29, 2026, 11:25 am
Jangan degil! KKM beri amaran, 'Reta' masih belum lulus, pengguna boleh alami komplikasi kesihatan
August 29, 2026, 11:19 am
Kematian Nur Qaira: Dr. Taufiq desak siasatan menyeluruh tanpa kompromi
August 29, 2026, 11:13 am
