Berita Berita
Dua beradik sesat di Bukit Putus Lama ditemui selamat
SEREMBAN, 30 Ogos – Dua beradik lelaki berusia 55 dan 60 tahun yang dilaporkan sesat di kawasan hutan Bukit Putus Lama berhampiran Kampung JKIN Extreme Park, Paroi, ditemui selamat awal pagi tadi.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kedua-dua mangsa ditemui oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) pada jam 12.32 tengah malam susulan operasi pencarian yang digerakkan sejak petang semalam.
Menurut beliau, pihak polis menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 daripada mangsa sebelum anggota Balai Polis Paroi bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bergegas ke lokasi kejadian pada jam 6.17 petang.
"Pihak polis berjaya menghubungi salah seorang mangsa menerusi telefon pada jam 6.48 petang. Mangsa memaklumkan berada di Checkpoint 6, Trek Rigger Hills serta bertindak berkongsi lokasi terkini mereka melalui aplikasi WhatsApp," katanya hari ini.
Kecekapan pasukan penyelamat memanfaatkan maklumat lokasi yang dikongsi membolehkan kedua-dua mangsa dikesan dan dibawa keluar dengan selamat tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.
Berita berkaitan
August 30, 2026, 1:10 pm
Banjir Nepal: Kerajaan hantar pasukan SMART, salur sumbangan AS$1 juta
August 30, 2026, 12:56 pm
FAMA nafi dakwaan wujud peniaga Rohingya di pasar tani Terengganu
August 30, 2026, 12:35 pm
Isu Azizulhasni: Pemuda Pas persoal keseriusan KBS, minta perinci peruntukan RM9.3 juta
August 30, 2026, 11:31 am
'Hutang negara meningkat sejak 1998, Anwar sedang kerja keras perbaiki kerosakan negara' - Aiman Athirah
August 29, 2026, 11:25 am
Jangan degil! KKM beri amaran, 'Reta' masih belum lulus, pengguna boleh alami komplikasi kesihatan
August 29, 2026, 11:19 am
Kematian Nur Qaira: Dr. Taufiq desak siasatan menyeluruh tanpa kompromi
August 29, 2026, 11:13 am
