Berita Berita
FAMA nafi dakwaan wujud peniaga Rohingya di pasar tani Terengganu
KUALA TERENGGANU, 30 Ogos – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu mengesahkan tiada sebarang peniaga warga asing termasuk etnik Rohingya diberikan tapak perniagaan di mana-mana pasar tani seluruh negeri itu.
Pengarah FAMA Terengganu, Muhamad Fadlee Hassan berkata, siasatan mendapati foto seorang lelaki warga asing menjual sayur di daerah Besut yang tular di media sosial baru-baru ini berlaku di tapak pasar pagi seliaan agensi lain, dan bukannya di pasar tani FAMA.
"Berdasarkan maklumat, gambar berkenaan dirakam di tapak perniagaan lain. FAMA hanya mengendalikan dua pasar tani di daerah Besut iaitu di Jertih dan Kampung Alor Lintang," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau turut menegaskan amaran keras telah diberikan kepada semua usahawan pasar tani bahawa tindakan pembatalan permit serta-merta akan diambil sekiranya didapati menyewakan lesen atau menggajikan warga asing tanpa kehadiran pemilik asal.
Berita berkaitan
August 30, 2026, 1:10 pm
Banjir Nepal: Kerajaan hantar pasukan SMART, salur sumbangan AS$1 juta
August 30, 2026, 12:39 pm
Dua beradik sesat di Bukit Putus Lama ditemui selamat
August 30, 2026, 12:35 pm
Isu Azizulhasni: Pemuda Pas persoal keseriusan KBS, minta perinci peruntukan RM9.3 juta
August 30, 2026, 11:31 am
'Hutang negara meningkat sejak 1998, Anwar sedang kerja keras perbaiki kerosakan negara' - Aiman Athirah
August 29, 2026, 11:25 am
Jangan degil! KKM beri amaran, 'Reta' masih belum lulus, pengguna boleh alami komplikasi kesihatan
August 29, 2026, 11:19 am
Kematian Nur Qaira: Dr. Taufiq desak siasatan menyeluruh tanpa kompromi
August 29, 2026, 11:13 am
