Berita Berita
Empat rumah, surau terbakar di Kampung Dato Keramat
KUALA LUMPUR, 3 September – Sebanyak empat buah rumah serta sebuah surau dilaporkan terjejas dalam satu kejadian kebakaran di Lorong Keramat 4, Kampung Dato Keramat, awal pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG999 pada jam 3.10 pagi sebelum bergegas mengerahkan jentera ke lokasi kejadian.
Operasi pemadaman berkenaan melibatkan kekuatan seramai 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Tun Razak dengan bantuan daripada BBP Setapak, BBP Keramat dan BBP Titiwangsa.
Sebaik tiba di lokasi, pasukan penyelamat mendapati api sedang memusnahkan empat buah kediaman dengan kadar kemusnahan antara dua hingga 100 peratus, manakala sebuah surau berdekatan turut terbakar sebanyak 40 peratus.
Kejadian berkenaan tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa atau kecederaan mangsa, dan pihak Unit Penyiasatan Kebakaran kini masih menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca sebenar insiden tersebut.
Berita berkaitan
September 3, 2026, 2:12 pm
Asyraf Wajdi tolak desakan berundur jawatan Pengerusi MARA
September 3, 2026, 2:09 pm
'Penjelasan perlu diberikan' - Pengerusi TH dedah Tan Sri Madinah tidak bercakap benar
September 3, 2026, 1:37 pm
Dakwaan Malaysia buka pintu untuk 200,000 pekerja Bangladesh, ini jawapan Fahmi
September 3, 2026, 1:14 pm
'Bila-bila masa pun kami sedia’ - Selepas BN, PAS juga bersedia hadapi PRU16 lebih awal
September 3, 2026, 1:04 pm
Penyatuan UMNO-PAS demi umat Islam, bukan kepentingan mana-mana parti - Dusuki
September 3, 2026, 12:46 pm
Bekas COO Tabung Haji jalani rawatan sakit jantung, pertuduhan rasuah ditangguh
September 3, 2026, 11:55 am
Guru mengaku tidak bersalah 'sentuh' dua murid lelaki di luar dewan makan, bilik warden
September 3, 2026, 11:12 am
Akmal Saleh, delegasi Pemuda UMNO hadir Muktamar Dewan Pemuda PAS di Kota Bharu
September 3, 2026, 11:04 am
