Berita Viral
[VIDEO] 'Tak nampak ke ada orang Islam tengah makan?' - Netizen berang lelaki selamba bawa anjing lepak dalam restoran
OLEH Nur Lela Zulkipli
KUALA LUMPUR 22 Julai – Tindakan seorang lelaki membawa masuk anjing peliharaan ke sebuah kedai serbaneka mengundang kecaman netizen apabila perbuatan itu disifatkan tidak sensitif terhadap keselesaan orang ramai khususnya pelanggan beragama Islam.
Dalam video tular sejak semalam, lelaki berkenaan dengan selamba membawa anjing peliharaannya itu ke ruang makan biarpun sudah ditegur oleh pengawal keselamata.
Malah, lelaki itu tidak mengendahkan teguran berkenaan dan tidak berganjak daripada meja makan berkenaan.
Dalam video berkenaan turut memaparkan terdapat orang lain di ruang makan itu yang beragama Islam hanya memerhati tindakan biadap lelaki itu.
Kejadian itu dipercayai berlaku semalam pada jam 11.25 pagi.
Netizen yang menyaksikan video berkenaan tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan komen yang rata-ratanya berang dengan tindakan lelaki berkenaan.
“Mana satu anjing ni? Memang biadap betul, dibuatnya anjing di gigit orang macam mana?’,” kata Ayra Maisarah.
“Memang jenis tak makan saman ni, jenis suka cari gaduh walau dah tahu perkara yang dia buat tu salah. Mentang-mentang la jaga tu orang luar, dia buat tak tahu saja,” kata Aryan Mustafa.
“Lain kali kalau dah nampak dari jauh ada yang baw anjing ni, terus saja halang dari masuk premis. Jangan bagi masuk langsung, takkan tak nampak orang Islam tengah makan kat situ?,” kata Faiza Abdullah. – Media Telus
Berita berkaitan
March 16, 2026, 4:39 pm
(VIDEO) Penduduk naik angin terpaksa hadap jiran buang sisa depan rumah
March 13, 2026, 1:30 pm
Kontroversi 'kuil mini' di tangga apartmen Puchong berakhir, keluarga setuju alih struktur
March 13, 2026, 12:40 pm
(VIDEO) Beg tangan lesap, 'dikebas' lelaki menyamar jadi pelanggan
March 12, 2026, 11:29 am
Penduduk apartment di Puchong persoal individu bina 'kuil mini' di tangga, ganggu laluan
March 11, 2026, 3:21 pm
(VIDEO) Ramai masih belum peka, abang bomba kongsi sikap penting diri pengguna jalan raya
March 11, 2026, 1:33 pm
(VIDEO) Rumah nyaris hangus gara-gara mercun
March 11, 2026, 12:00 pm
(VIDEO) Misteri seluar dalam hilang terungkai, rupanya kena "rembat' tengah malam
March 9, 2026, 5:00 pm
Kelibat harimau dikesan, penduduk Kampung Rahmat diminta jaga diri
March 9, 2026, 3:18 pm
Lelaki tular menyamun guna parang di stesen minyak ditahan polis
March 9, 2026, 1:42 pm
