Berita Berita
Remaja perempuan maut motosikal rempuh pikap berhenti di bahu jalan
MIRI, 8 September – Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 9, Jalan Lambir, Jalan Pan Borneo Bintulu-Miri.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah memaklumkan bahawa kejadian yang berlaku pada jam 9.50 pagi kelmarin itu menyebabkan mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terperosok di bawah pikap terbabit.
Siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki berusia 61 tahun dari arah Bintulu menuju ke Miri itu dipercayai telah diberhentikan di bahu jalan sebelum dirempuh dari arah belakang oleh motosikal mangsa.
Pemandu pikap berkenaan dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden maut terbabit.
Pihak polis menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Nor Afifah Nordin di talian 019-5264640 atau 085-430479 bagi membantu siasatan.
Berita berkaitan
September 8, 2026, 6:11 pm
Helikopter Flying Doctor terhempas di Long Lellang, lima termasuk juruterbang dalam pesawat
September 8, 2026, 5:29 pm
Lelaki cabul anak saudara empat tahun rayu tempoh penjara dikurangkan, mahkamah tambah 20 tahun
September 8, 2026, 3:23 pm
Lari sekejap dari kesibukan, Yuneswaran turun padang dengar sendiri suara masyarakat Ladang Gomali
September 8, 2026, 2:43 pm
Johor lancar operasi besar-besaran tangkap anjing liar susulan serangan ke atas Nur Haira
September 8, 2026, 2:17 pm
Budak 2 tahun parah diserang lima anjing liar masih ditidurkan, kerajaan negeri tanggung kos rawatan
September 8, 2026, 1:37 pm
Mufti Pulau Pinang ingatkan golongan muda semak hukum syarak sebelum ikut trend media sosial
September 8, 2026, 1:30 pm
INTERPOL UK cari Yusoff Rawther untuk serah notis rayuan pendakwaan
September 8, 2026, 1:26 pm
UiTM terus beri bantuan kepada keluarga Fadhlan Fakhry
September 8, 2026, 12:58 pm
