TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anggota bomba berenang 50 meter selamatkan lelaki terjun jambatan di Kuala Selangor

By
|
Kongsi
image

KUALA SELANGOR, 8 September – Tindakan pantas anggota bomba berjaya menyelamatkan seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun yang bertindak terjun dari Jambatan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 5, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Asrul Riezal Asbar memaklumkan bahawa pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 8.05 malam sebelum lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor bergegas ke lokasi kejadian.

Pasukan penyelamat yang tiba di tempat kejadian lima minit kemudian segera melancarkan operasi dengan seorang anggota bertindak berenang sejauh 50 meter dari tebing sungai untuk membawa mangsa ke kawasan selamat pada jam 9.15 malam.

Mangsa yang tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal kemudiannya diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) serta pihak polis untuk tindakan dan pemeriksaan lanjut.

+ - reset