Berita Berita
Anwar cadang peruntukan RM280 juta untuk tanam semula sawit dalam Belanjawan 2027
PUTRAJAYA 8 Sept – Kerajaan sedang meneliti cadangan memperuntukkan RM280.03 juta bagi Program Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) 2.0 sebagai antara inisiatif utama dalam Belanjawan 2027.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu antara beberapa langkah yang sedang dirangka bagi memastikan sektor agrikomoditi terus menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negara.
Beliau berkata, inisiatif berkenaan juga bertujuan meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta memperkukuh daya tahan sektor agrikomoditi.
Selain TSPKS 2.0, kerajaan turut mencadangkan peruntukan RM100 juta bagi Projek Jalan Ladang Pekebun Kecil Persendirian (JLPK).
Kerajaan juga sedang meneliti cadangan memperuntukkan RM28.57 juta untuk Tabung Bencana dan Kawalan Penyakit Sektor Agrikomoditi.
"Bagi memastikan sektor agrikomoditi terus menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan pendapatan pekebun kecil serta memperkukuh daya tahan sektor, Kerajaan MADANI merangka beberapa inisiatif utama.
"Jadi ada beberapa hal lain yang saya umumkan sedikit mengenai pemerkasaan usahawan hiliran, sektor komoditi dengan menunjukkan ini tambahan beberapa perkara yang kita sedang kaji dalam inisiatif utama di bawah Belanjawan 2027," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di sini, hari ini.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 2:09 pm
Skizofrenia serius ketika kejadian, pelajar dibebaskan pertuduhan bunuh rakan sekolah dalam tandas perempuan
September 14, 2026, 1:54 pm
Salah urus gaji, naik pangkat jangan sampai penjawat awam jadi mangsa – KPPA tegur pengurusan sumber manusia
September 14, 2026, 1:27 pm
'Dia sangat teruja! Dia tahu itu awak', isteri Kapten Zainol tahu anak kuat
September 14, 2026, 1:22 pm
ATM sedia atur gerak aset udara bantu operasi Perkhidmatan Doktor Udara KKM
September 14, 2026, 1:15 pm
Guan Eng cabar Ahmad Zahid syorkan cadangan singkir UMNO daripada Kerajaan Pulau Pinang
September 14, 2026, 12:59 pm
Abdul Aziz Abdul Majid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu
September 14, 2026, 12:54 pm
JPA kaji inisiatif tambah baik pendapatan penjawat awam
September 14, 2026, 12:49 pm
Kru operasi AirAsia dan AirAsia X sah bebas dadah selepas saringan berkala
September 14, 2026, 12:42 pm
Polis sahkan ancaman bom di Mid Valley Southkey palsu
September 14, 2026, 12:12 pm
