TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kutip RM4,000 setiap lot tanah, SPRM tahan pengerusi jawatankuasa perumahan disyaki minta RM1.6 juta daripada 400 pemohon

By
|
Kongsi
image

 

JOHOR BAHRU 8 Sept – Seorang pengerusi jawatankuasa perumahan sebuah badan berkanun di Johor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki meminta kira-kira RM4,000 daripada setiap seorang daripada 400 pemohon lot tapak rumah.

Perbuatan itu dipercayai membabitkan jumlah keseluruhan sekitar RM1.6 juta dan disyaki berlaku dalam tempoh hampir sedekad, iaitu antara 2016 hingga 2025.

Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 7.30 malam Isnin ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Johor.

Menurut sumber, suspek dipercayai meminta wang daripada setiap pemohon bagi urusan permohonan lot tapak perumahan kerajaan.

Siasatan awal mendapati wang yang dikutip itu dipercayai diseleweng untuk kegunaan sendiri.

Wang berkenaan dipercayai dikeluarkan daripada akaun bank jawatankuasa terbabit menggunakan invois palsu.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Hairuzam Mohmad Amin@Hamim berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A), Seksyen 18 dan Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

“Suspek akan dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangannya direkodkan,” katanya.

+ - reset