Berita Berita
Dr Ainul disahkan meninggal dunia selepas helikopter Flying Doctor terhempas
KUALA LUMPUR 8 Sept - Seorang doktor yang berada dalam helikopter BO-105 yang terhempas dan terbakar di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram, Marudi, petang tadi, disahkan meninggal dunia.
Perkara itu disahkan adik ipar Dr Ainul Baroah Kamaruddin, Nureez Mohd Pauzi, selepas keluarga mereka menerima panggilan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).
"Keluarga kami dihubungi oleh Kementerian Kesihatan (KKM), petang tadi, memaklumkan bahawa Dr Ainul meninggal dunia."
Beliau berkata, panggilan daripada KKM itu dibuat kepada suami Dr Ainul, Muhammad Faiz Abdul Malik, kira-kira jam 4 petang.
"Kami sekeluarga kini berada di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) untuk ke Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Sarawak pada subuh esok," katanya.
Terdahulu, media melaporkan juruterbang dan penumpang helikopter BO-105 yang terhempas serta terbakar sepenuhnya di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang sudah dikenal pasti.
Individu terbabit dikenal pasti sebagai Kapten Zainol, Dr Ainul, Penolong Pegawai Perubatan (PPP) Alexson Adit serta dua jururawat, Debra Moset dan Jessie Paya.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang itu, anggota pasukan penyelamat dan perubatan dilaporkan tiba di lokasi pada jam 3.46 petang bagi menjalankan operasi menyelamat.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 2:09 pm
Skizofrenia serius ketika kejadian, pelajar dibebaskan pertuduhan bunuh rakan sekolah dalam tandas perempuan
September 14, 2026, 1:54 pm
Salah urus gaji, naik pangkat jangan sampai penjawat awam jadi mangsa – KPPA tegur pengurusan sumber manusia
September 14, 2026, 1:27 pm
'Dia sangat teruja! Dia tahu itu awak', isteri Kapten Zainol tahu anak kuat
September 14, 2026, 1:22 pm
ATM sedia atur gerak aset udara bantu operasi Perkhidmatan Doktor Udara KKM
September 14, 2026, 1:15 pm
Guan Eng cabar Ahmad Zahid syorkan cadangan singkir UMNO daripada Kerajaan Pulau Pinang
September 14, 2026, 12:59 pm
Abdul Aziz Abdul Majid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu
September 14, 2026, 12:54 pm
JPA kaji inisiatif tambah baik pendapatan penjawat awam
September 14, 2026, 12:49 pm
Kru operasi AirAsia dan AirAsia X sah bebas dadah selepas saringan berkala
September 14, 2026, 12:42 pm
Polis sahkan ancaman bom di Mid Valley Southkey palsu
September 14, 2026, 12:12 pm
