Berita Berita
‘Doakan suami syurga saya, tak pernah rasa sesakit ini’ – Isteri juruterbang helikopter terhempas luah kesedihan
KUALA LUMPUR 9 Sept – “Mommy, daddy balik kan esok? Sofia rindu daddy. Kenapa orang ramai dengan kita.”
Itu antara luahan pilu anak kepada Kapten Zainol Afiq yang dikongsikan isterinya, Izzati Syamimi, menerusi platform Threads selepas mengetahui suaminya antara lima individu yang disahkan maut dalam nahas helikopter di STOLport Long Lellang, Sarawak, semalam.
Izzati yang juga ibu kepada dua cahaya mata berkata, dia masih berharap suaminya akan pulang, selain meminta anak-anaknya supaya terus kuat menghadapi dugaan berkenaan.
“Sofia, mommy daddy sayang Sofia. Mommy pun masih berharap yang daddy akan balik. Kita kena kuat. Anak-anak mommy semua kuat,” katanya menerusi hantaran itu.
Sebelum itu, Izzati turut memuat naik dua hantaran lain dengan memohon orang ramai mendoakan supaya urusan keluarga kecil mereka dipermudahkan.
“Doakan saya dan anak-anak. Doakan suami syurga saya. Tak pernah I rasa sesakit ni,” luahnya.
Hantaran berkenaan turut disertakan dengan tangkap layar yang menunjukkan kedudukan lokasi terakhir suaminya.
Dalam hantaran terbaharunya pagi ini, Izzati turut memohon pihak media supaya memberikan ruang kepadanya dan keluarga untuk menghadapi saat sukar berkenaan.
Dalam kejadian petang semalam, helikopter BO-105 yang membawa lima individu termasuk juruterbang terhempas berhampiran landasan STOLport Long Lellang, Ulu Baram.
Helikopter berkenaan sedang menjalankan penerbangan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) ke kawasan pedalaman Sarawak.
Lima mangsa yang disahkan maut ialah pegawai perubatan, Dr Ainul Baraah Kamaruddin; Kapten Zainol Afiq selaku juruterbang; penolong pegawai perubatan, Alexson Adit serta dua jururawat, Debra Moset dan Jessie Paya.
Sementara itu, usaha mencari dan menyelamat (SAR) disambung pagi ini dengan lebih 20 anggota daripada pelbagai agensi digerakkan ke lokasi kejadian, termasuk 12 anggota bomba.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Marudi, Penolong Penguasa Bomba Jessbent Jenus berkata, pasukan berkenaan dijadualkan berlepas kira-kira jam 9 pagi menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) jenis Mi-171.
Menurutnya, perjalanan melalui jalan darat dari Marudi ke lokasi kejadian dianggarkan mengambil masa kira-kira 10 jam.
Dalam kejadian semalam, bantuan udara dari Pangkalan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuching tidak dapat digerakkan berikutan keadaan cuaca berjerebu selain tidak mendapat kebenaran penerbangan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Berita berkaitan
September 14, 2026, 2:09 pm
Skizofrenia serius ketika kejadian, pelajar dibebaskan pertuduhan bunuh rakan sekolah dalam tandas perempuan
September 14, 2026, 1:54 pm
Salah urus gaji, naik pangkat jangan sampai penjawat awam jadi mangsa – KPPA tegur pengurusan sumber manusia
September 14, 2026, 1:27 pm
'Dia sangat teruja! Dia tahu itu awak', isteri Kapten Zainol tahu anak kuat
September 14, 2026, 1:22 pm
ATM sedia atur gerak aset udara bantu operasi Perkhidmatan Doktor Udara KKM
September 14, 2026, 1:15 pm
Guan Eng cabar Ahmad Zahid syorkan cadangan singkir UMNO daripada Kerajaan Pulau Pinang
September 14, 2026, 12:59 pm
Abdul Aziz Abdul Majid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu
September 14, 2026, 12:54 pm
JPA kaji inisiatif tambah baik pendapatan penjawat awam
September 14, 2026, 12:49 pm
Kru operasi AirAsia dan AirAsia X sah bebas dadah selepas saringan berkala
September 14, 2026, 12:42 pm
Polis sahkan ancaman bom di Mid Valley Southkey palsu
September 14, 2026, 12:12 pm
