TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Abdul Azeez, dua bekas pegawai TH direman dua hari kes tipu hibah Tabung Haji

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 9 Sept – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bersama dua bekas pegawai kanan institusi itu direman selama dua hari bagi membantu siasatan kes penipuan berkaitan pemberian hibah TH.

Perintah reman terhadap ketiga-tiga individu berkenaan dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Mohamad Afiq Zuber yang bertindak sebagai Majistret, selepas membenarkan permohonan pihak polis.

Selain Abdul Azeez, dua lagi individu yang direman ialah seorang lelaki yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif TH serta seorang wanita yang pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Kewangan TH.

Ketiga-tiga mereka dibawa ke mahkamah pagi ini bagi mendapatkan perintah reman berhubung siasatan kes berkenaan.

Siasatan dijalankan susulan dakwaan berkaitan pemberian hibah TH, dengan polis dijangka menjalankan siasatan lanjut bagi mendapatkan keterangan serta meneliti perkara yang berkaitan.

Berita lanjut menyusul.

+ - reset