Berita Berita
Adidas mohon maaf, guna bekas tentera Israel dalam kempen promosi kasut untuk golongan kudung
KUALA LUMPUR 9 Sept – Gergasi pakaian sukan, Adidas memohon maaf susulan kontroversi membabitkan penggunaan imej seorang bekas tentera Israel dalam kempen tempatan yang mempromosikan perkhidmatan kasut tunggal syarikat itu untuk golongan kudung dan individu dengan kelainan anggota badan.
Permohonan maaf berkenaan dibuat selepas kempen itu menerima kritikan hebat di media sosial, termasuk gesaan supaya produk Adidas diboikot.
Individu yang menjadi wajah kempen tersebut, Shalev Biton, merupakan bekas anggota tentera Israel yang kehilangan kaki kirinya selepas mengalami kecederaan dalam konflik Israel-Gaza pada 2021.
Adidas Arabia, cabang serantau syarikat pakaian sukan dari Jerman itu, tampil memberikan penjelasan menerusi akaun Instagram rasminya.
Dalam kenyataan berkenaan, Adidas Arabia mengakui penggunaan imej tersebut mencetuskan kebimbangan serta reaksi negatif dalam kalangan orang ramai.
“Kami mengakui bahawa imej yang digunakan dalam satu aktiviti tempatan baru-baru ini telah menimbulkan kebimbangan dan reaksi yang kuat,” menurut kenyataan itu.
Adidas Arabia turut menegaskan pihaknya tidak pernah berniat untuk menyinggung mana-mana pihak dan memohon maaf kepada mereka yang terkesan susulan penggunaan imej berkenaan.
“Kami menyedari kebimbangan yang telah dibangkitkan dan mengambil maklum maklum balas tersebut dengan serius,” tambah kenyataan itu.
Kontroversi tercetus selepas pengguna media sosial mempersoalkan pemilihan Biton sebagai wajah kempen berkenaan, khususnya kerana latar belakangnya sebagai bekas anggota tentera Israel.
Pemilihan tersebut kemudiannya mencetuskan reaksi daripada orang ramai serta gesaan untuk memboikot produk Adidas.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 2:09 pm
Skizofrenia serius ketika kejadian, pelajar dibebaskan pertuduhan bunuh rakan sekolah dalam tandas perempuan
September 14, 2026, 1:54 pm
Salah urus gaji, naik pangkat jangan sampai penjawat awam jadi mangsa – KPPA tegur pengurusan sumber manusia
September 14, 2026, 1:27 pm
'Dia sangat teruja! Dia tahu itu awak', isteri Kapten Zainol tahu anak kuat
September 14, 2026, 1:22 pm
ATM sedia atur gerak aset udara bantu operasi Perkhidmatan Doktor Udara KKM
September 14, 2026, 1:15 pm
Guan Eng cabar Ahmad Zahid syorkan cadangan singkir UMNO daripada Kerajaan Pulau Pinang
September 14, 2026, 12:59 pm
Abdul Aziz Abdul Majid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu
September 14, 2026, 12:54 pm
JPA kaji inisiatif tambah baik pendapatan penjawat awam
September 14, 2026, 12:49 pm
Kru operasi AirAsia dan AirAsia X sah bebas dadah selepas saringan berkala
September 14, 2026, 12:42 pm
Polis sahkan ancaman bom di Mid Valley Southkey palsu
September 14, 2026, 12:12 pm
