TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ibu, dua anak lelaki maut terperangkap dalam kebakaran di rumah

By
|
Kongsi
image

 

KLUANG 10 Sept  – Kegembiraan sebuah keluarga bertukar tragedi apabila seorang ibu dan dua anak lelakinya maut selepas terperangkap dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Titiwangsa, di sini, malam tadi.

Tiga mangsa dikenal pasti sebagai Noraini Ibrahim, 49, serta dua anaknya, Khairul Nurhaziqq Khairulnizam, 18, dan Khairul Nurhadiff Khairulnizam, 11.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 10.44 malam.

Seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang kemudian dikejarkan ke lokasi dan tiba kira-kira lima minit selepas menerima panggilan.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat berkeluasan 16 kaki x 70 kaki, dengan kira-kira 50 peratus struktur rumah terbakar.

“Terdapat tiga mangsa terperangkap di dalam rumah dan kesemua mereka disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi,” menurut kenyataan itu.

Pasukan bomba menggunakan dua aliran dengan dua pancutan bagi memadam kebakaran yang berjaya dikawal pada jam 12.32 tengah malam.

Operasi turut membabitkan penggunaan dua jentera Sistem Tindak Balas Kecemasan dan Bantuan Kecemasan (SITRAK) serta sebuah Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

+ - reset