Berita Berita
Bayi 13 bulan meninggal dunia, polis tahan ibu kandung dan pengasuh
GEORGE TOWN 10 Sept – Seorang bayi lelaki berusia 13 bulan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di Kampung Melayu, Air Itam, di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad, berkata mangsa ditemukan pengasuhnya dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan bibir kebiruan kira-kira jam 2 petang.
Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) oleh pengasuh dan ibunya untuk mendapatkan rawatan.
“Bagi kes ini, pihak polis menahan pengasuh dan ibu mangsa bagi membantu siasatan.
“Bedah siasat sudah dijalankan semalam dan punca kematian tidak dapat dipastikan serta masih menunggu keputusan analisa makmal,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Rozak berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Katanya, pengasuh mangsa direman selama tujuh hari sehingga 15 September, manakala ibu mangsa direman tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan.
“Pengasuh mangsa direman tujuh hari sehingga 15 September, manakala ibu mangsa direman tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan,” katanya.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 2:09 pm
Skizofrenia serius ketika kejadian, pelajar dibebaskan pertuduhan bunuh rakan sekolah dalam tandas perempuan
September 14, 2026, 1:54 pm
Salah urus gaji, naik pangkat jangan sampai penjawat awam jadi mangsa – KPPA tegur pengurusan sumber manusia
September 14, 2026, 1:27 pm
'Dia sangat teruja! Dia tahu itu awak', isteri Kapten Zainol tahu anak kuat
September 14, 2026, 1:22 pm
ATM sedia atur gerak aset udara bantu operasi Perkhidmatan Doktor Udara KKM
September 14, 2026, 1:15 pm
Guan Eng cabar Ahmad Zahid syorkan cadangan singkir UMNO daripada Kerajaan Pulau Pinang
September 14, 2026, 12:59 pm
Abdul Aziz Abdul Majid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu
September 14, 2026, 12:54 pm
JPA kaji inisiatif tambah baik pendapatan penjawat awam
September 14, 2026, 12:49 pm
Kru operasi AirAsia dan AirAsia X sah bebas dadah selepas saringan berkala
September 14, 2026, 12:42 pm
Polis sahkan ancaman bom di Mid Valley Southkey palsu
September 14, 2026, 12:12 pm
