TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Anwar gesa PKR perkukuh jentera PRU, pentadbiran kerajaan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 11 September – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa parti itu perlu terus memainkan peranan utama dalam memperkukuh pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan negeri demi memastikan setiap dasar memberi manfaat kepada rakyat.

Perdana Menteri menyatakan bahawa PKR perlu menggembleng kekuatan seluruh keanggotaan parti, merapatkan saf serta meraih sokongan pelbagai lapisan masyarakat agar sentiasa peka terhadap aspirasi rakyat.

Beliau menyeru agar jentera parti membuat persiapan rapi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang bermula dari sekarang dengan berpaksikan kesatuan tekad yang jelas.

Anwar turut menzahirkan keyakinan menerusi hantaran di media sosial hari ini bahawa PKR Sabah akan kekal sebagai penggerak utama dalam memperjuangkan suara rakyat serta agenda reformasi di negeri berkenaan.

Kenyataan terbabit menyusul selepas beliau mengadakan pertemuan singkat bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah bagi membincangkan isu semasa serta kesejahteraan penduduk tempatan.

Lawatan kerja dua hari beliau ke Sabah turut diisi dengan beberapa program rasmi termasuk mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) hari ini.

+ - reset