TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pekerja binaan maut terjatuh akibat perancah roboh di Bukit Mertajam

By
|
Kongsi
image

BUKIT MERTAJAM, 11 September – Seorang pekerja binaan maut di tempat kejadian selepas struktur platform sementara yang menyokong perancah binaan runtuh di sebuah tapak pembinaan di sini baru-baru ini.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang mengesahkan bahawa mangsa dipercayai sedang merombak perancah di tingkat lapan bangunan berkenaan sebelum platform pelindung sementara itu secara tiba-tiba roboh.

Insiden berdarah yang berlaku kira-kira jam 6.15 petang pada 8 September lalu menyebabkan mangsa bersama struktur perancah jatuh ke tingkat bawah sehingga memecahkan tempurung kepala mangsa akibat impak daripada ketinggian.

Susulan siasatan awal, JKKP Pulau Pinang mengeluarkan perintah penutupan serta-merta ke atas aktiviti kerja berkaitan dan melarang sebarang gangguan di tapak kejadian bagi memelihara bukti siasatan.

Pihak berkuasa menjalankan siasatan mengikut Seksyen 17, 18A dan 18B Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 berhubung tanggungjawab am majikan dalam mengurus risiko keselamatan pihak ketiga.

JKKP Pulau Pinang memandang serius kemalangan maut berkenaan dan mengingatkan semua majikan supaya memastikan kerja di tempat tinggi dirancang dengan teliti merangkumi penilaian risiko serta sistem perlindungan jatuh yang berkesan.

+ - reset