Berita Berita
Penternak ikan dikhuatiri lemas selepas cuba selamatkan bot hanyut di Sungai Perak
PARIT, 11 September – Seorang lelaki berusia 38 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Perak berhampiran Batu 18, Kampung Kuchai, Bota Kiri semalam selepas bertindak terjun ke dalam sungai bagi mendapatkan semula botnya yang hanyut dari sangkar ikan milik beliau.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad mengesahkan bahawa pihak bomba menerima maklumat berhubung kejadian berkenaan kira-kira jam 5 petang.
Anak saudara mangsa dilaporkan cuba menghulurkan bantuan bagi menyelamatkan lelaki terbabit semasa kejadian, namun usaha berkenaan tidak berjaya.
Pasukan penyelamat bersama orang awam telah melepaskan carian awal secara pencarian di permukaan sungai di sepanjang tebing berhampiran lokasi kejadian pada sebelah petang dan malam semalam, tetapi mangsa belum ditemui.
Pusat Kawalan Bomba (PKB) telah didirikan di Stesen Pam Lambor Kiri bagi menyelaras keseluruhan operasi pencarian mangsa berkenaan.
Operasi SAR yang disambung seawal jam 8 pagi hari ini turut diperkukuh dengan penglibatan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan serta BBP Pulau Pangkor bersama bantuan Unit K9.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 2:09 pm
Skizofrenia serius ketika kejadian, pelajar dibebaskan pertuduhan bunuh rakan sekolah dalam tandas perempuan
September 14, 2026, 1:54 pm
Salah urus gaji, naik pangkat jangan sampai penjawat awam jadi mangsa – KPPA tegur pengurusan sumber manusia
September 14, 2026, 1:27 pm
'Dia sangat teruja! Dia tahu itu awak', isteri Kapten Zainol tahu anak kuat
September 14, 2026, 1:22 pm
ATM sedia atur gerak aset udara bantu operasi Perkhidmatan Doktor Udara KKM
September 14, 2026, 1:15 pm
Guan Eng cabar Ahmad Zahid syorkan cadangan singkir UMNO daripada Kerajaan Pulau Pinang
September 14, 2026, 12:59 pm
Abdul Aziz Abdul Majid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu
September 14, 2026, 12:54 pm
JPA kaji inisiatif tambah baik pendapatan penjawat awam
September 14, 2026, 12:49 pm
Kru operasi AirAsia dan AirAsia X sah bebas dadah selepas saringan berkala
September 14, 2026, 12:42 pm
Polis sahkan ancaman bom di Mid Valley Southkey palsu
September 14, 2026, 12:12 pm
