Berita Berita
Pempengaruh media sosial didakwa pecah amanah RM31,900 milik bekas pramugari
JOHOR BAHRU, 11 September – Seorang pempengaruh media sosial dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah melibatkan wang sebanyak RM31,900 milik seorang bekas pramugari pada tahun lalu.
Tertuduh, Muhammad Azri Abdul Rahim yang berusia 31 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terbabit dibacakan di hadapan Hakim Ronie Entili.
Mengikut kertas pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa melakukan kesalahan tersebut di Jalan Nusaria, Taman Nusantara, Gelang Patah di Iskandar Puteri antara 25 Januari 2025 hingga 7 Mac 2025.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebatan serta denda jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin selepas peguam belanya, Atuffah Said memohon pengurangan jaminan atas alasan pendapatan anak guamnya yang rendah serta perlu menanggung keluarga.
Hakim seterusnya menetapkan 7 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 2:09 pm
Skizofrenia serius ketika kejadian, pelajar dibebaskan pertuduhan bunuh rakan sekolah dalam tandas perempuan
September 14, 2026, 1:54 pm
Salah urus gaji, naik pangkat jangan sampai penjawat awam jadi mangsa – KPPA tegur pengurusan sumber manusia
September 14, 2026, 1:27 pm
'Dia sangat teruja! Dia tahu itu awak', isteri Kapten Zainol tahu anak kuat
September 14, 2026, 1:22 pm
ATM sedia atur gerak aset udara bantu operasi Perkhidmatan Doktor Udara KKM
September 14, 2026, 1:15 pm
Guan Eng cabar Ahmad Zahid syorkan cadangan singkir UMNO daripada Kerajaan Pulau Pinang
September 14, 2026, 12:59 pm
Abdul Aziz Abdul Majid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu
September 14, 2026, 12:54 pm
JPA kaji inisiatif tambah baik pendapatan penjawat awam
September 14, 2026, 12:49 pm
Kru operasi AirAsia dan AirAsia X sah bebas dadah selepas saringan berkala
September 14, 2026, 12:42 pm
Polis sahkan ancaman bom di Mid Valley Southkey palsu
September 14, 2026, 12:12 pm
