Berita Berita
Ahmad Zahid desak PRU16 diadakan segera untuk kembalikan mandat UMNO
KUALA LUMPUR, 11 September – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendesak agar Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) diadakan dengan segera bagi membolehkan parti itu mendapatkan semula mandat rakyat untuk menerajui kepimpinan negara.
Sambil menegaskan bahawa PRU16 bakal menjadi detik penentuan penting, beliau mahu UMNO membuktikan bahawa parti berkenaan bukan sekadar bertindak sebagai pelengkap dalam kerajaan sedia ada.
Tegasan terbabit disampaikan oleh beliau ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.
Ahmad Zahid turut menyeru seluruh ahli parti supaya berani menilai serta mempraktikkan perubahan politik secara dramatik susulan kejatuhan BN pada PRU14 selepas trend kemerosotan sokongan dikesan sejak 2008.
Beliau mengingatkan bahawa kejatuhan sesebuah parti biasanya bermula daripada sikap terlalu yakin dan enggan mengubah pendekatan mengikut perubahan lanskap politik semasa.
Sehubungan itu, beliau menyifatkan tempoh lapan tahun berdepan pelbagai cabaran politik sebagai pengajaran berguna untuk UMNO membina semula kekuatan dan mencipta kemenangan baharu.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 2:09 pm
Skizofrenia serius ketika kejadian, pelajar dibebaskan pertuduhan bunuh rakan sekolah dalam tandas perempuan
September 14, 2026, 1:54 pm
Salah urus gaji, naik pangkat jangan sampai penjawat awam jadi mangsa – KPPA tegur pengurusan sumber manusia
September 14, 2026, 1:27 pm
'Dia sangat teruja! Dia tahu itu awak', isteri Kapten Zainol tahu anak kuat
September 14, 2026, 1:22 pm
ATM sedia atur gerak aset udara bantu operasi Perkhidmatan Doktor Udara KKM
September 14, 2026, 1:15 pm
Guan Eng cabar Ahmad Zahid syorkan cadangan singkir UMNO daripada Kerajaan Pulau Pinang
September 14, 2026, 12:59 pm
Abdul Aziz Abdul Majid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara baharu
September 14, 2026, 12:54 pm
JPA kaji inisiatif tambah baik pendapatan penjawat awam
September 14, 2026, 12:49 pm
Kru operasi AirAsia dan AirAsia X sah bebas dadah selepas saringan berkala
September 14, 2026, 12:42 pm
Polis sahkan ancaman bom di Mid Valley Southkey palsu
September 14, 2026, 12:12 pm
