TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Fadhlina turun tinjau guru di kawasan pedalaman

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM, 11 September – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek akan mengadakan lawatan ke kawasan pedalaman selama beberapa hari bermula esok bagi meninjau aspek latihan guru serta pedagogi pendidikan komuniti Orang Asli.

Fadhlina menerusi hantaran di media sosial memaklumkan bahawa tinjauan terbabit turut merangkumi penilaian terhadap kendala operasi, pencapaian akademik serta sinergi komuniti setempat.

Beliau menjelaskan bahawa pemerkasaan pembangunan pendidikan anak Orang Asli merupakan teras utama yang sentiasa dipasakkan dalam kerangka pendidikan manusiawi anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Menteri Pendidikan itu turut menggesa para pengkaji dan penulis buku berkaitan pedagogi Orang Asli agar terus bekerjasama dengan KPM untuk menterjemahkan hasil kajian kepada inisiatif berasaskan tindakan.

Sambil memohon maaf atas sebarang gangguan komunikasi sepanjang berada di kawasan pedalaman, beliau turut menzahirkan kata-kata semangat buat barisan tenaga pengajar yang berkhidmat di sekolah pedalaman.

+ - reset