Berita Berita
Rosmah Mansor terima tepukan gemuruh perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO
KUALA LUMPUR, 11 September – Datin Seri Rosmah Mansor mencuri perhatian ramai apabila diminta bangun sebelum menerima tepukan gemuruh daripada seluruh perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.
Rosmah yang kelihatan ceria hadir sebagai tetamu istimewa sewaktu perhatian kepimpinan serta ahli parti terus tertumpu kepada perkembangan terbaharu permohonan pengampunan suaminya, Datuk Seri Najib Razak.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika memperkenalkan beliau kepada dewan turut mendoakan agar permohonan berkenaan mendapat keputusan terbaik pada hari ini.
Dewan sekali lagi digempar dengan tepukan gemuruh susulan kenyataan disuarakan oleh Ahmad Zahid ketika beliau menyampaikan Ucapan Dasar Presiden bersempena perhimpunan berkenaan.
Perkembangan terbaharu melaporkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan supaya permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan ditentukan kelak.
Penangguhan berkenaan bermakna isu permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri itu belum lagi diputuskan dalam persidangan lembaga terbabit hari ini.
Berita berkaitan
September 11, 2026, 5:32 pm
30 rakyat Malaysia ditahan di Pontianak, ada yang jadi PATI, scam rakyat sendiri
September 11, 2026, 5:16 pm
Penceramah bebas, Farid Abu Auliya didakwa miliki gambar bogel, video lucah
September 11, 2026, 4:53 pm
Fadhlina nafi semua murid wajib dapat TP3, penilaian perlu ikut penguasaan, bukti pembelajaran setiap murid
September 11, 2026, 4:19 pm
PRN Melaka: Ab Rauf beri rakyat pilih siapa bakal jadi 'rakan' BN
September 11, 2026, 4:05 pm
Kehadiran pimpinan PAS ke PAU 2026 pelengkap kerjasama politik penyatuan ummah
September 11, 2026, 3:58 pm
Selangor umum 26 Oktober cuti gantian sempena Jubli Perak pemerintahan Sultan Sharafuddin
September 11, 2026, 3:52 pm
Kerajaan setuju tambah nisbah kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak selaras semangat MA63
September 11, 2026, 3:46 pm
Asyraf Wajdi tegaskan UMNO tidak gentar pertahankan penyatuan ummah bersama PAS
September 11, 2026, 3:35 pm
