Berita Berita
Ahmad Zahid sedih penangguhan permohonan pengampunan Najib Razak
KUALA LUMPUR, 11 September – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa sedih berikutan keputusan penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan bahawa pihaknya tetap menjunjung kasih dan menyerahkan kebijaksanaan sepenuhnya kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi membuat keputusan terbaik.
Kenyataan terbabit disampaikan oleh beliau kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Dewan Merdeka hari ini.
Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri terdahulu mengumumkan bahawa Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Ke-63 bersetuju menangguhkan permohonan pengampunan Najib ke persidangan akan datang.
BHEUU turut memaklumkan bahawa mesyuarat sama berkenan meluluskan pembebasan 65 banduan lain dengan syarat warga asing yang dibebaskan perlu diusir pulang ke negara asal dalam tempoh enam bulan.
Berita berkaitan
September 11, 2026, 5:32 pm
30 rakyat Malaysia ditahan di Pontianak, ada yang jadi PATI, scam rakyat sendiri
September 11, 2026, 5:16 pm
Penceramah bebas, Farid Abu Auliya didakwa miliki gambar bogel, video lucah
September 11, 2026, 4:53 pm
Fadhlina nafi semua murid wajib dapat TP3, penilaian perlu ikut penguasaan, bukti pembelajaran setiap murid
September 11, 2026, 4:19 pm
PRN Melaka: Ab Rauf beri rakyat pilih siapa bakal jadi 'rakan' BN
September 11, 2026, 4:05 pm
Kehadiran pimpinan PAS ke PAU 2026 pelengkap kerjasama politik penyatuan ummah
September 11, 2026, 3:58 pm
Selangor umum 26 Oktober cuti gantian sempena Jubli Perak pemerintahan Sultan Sharafuddin
September 11, 2026, 3:52 pm
Kerajaan setuju tambah nisbah kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak selaras semangat MA63
September 11, 2026, 3:46 pm
Asyraf Wajdi tegaskan UMNO tidak gentar pertahankan penyatuan ummah bersama PAS
September 11, 2026, 3:35 pm
